Baru sahaja dijabkabul sebulan yang lalu, pasangan bahagia Rizman Nordin dan Nurida Suraya seringkali berkongsi gambar mereka bersama.
Terbaru, Rizman ada memuatnaik sekeping gambar dia bersama isteri ketika ingin menghadiri majlis resepsi Dato Alha Alfa. Rizman kelihatan segak mengenakan sepasang kot hitam manakala isterinya kelihatan anggun mengenakan sepasang gaun berona biru lembut.
“Dressed and suited up again this weekend for #alhaalindreams“, tulisnya ringkas.
Namun apa yang menarik perhatian peminat ialah wajah pasangan tersebut yang kelihatan iras-iras pelakon Bollywood.
Selain itu, peminat turut memuji kecantikan yang dimiliki oleh isterinya, Nurida Suraya. Malah ada juga yang turut menyamakan wajahnya dengan pelakon terkenal Bollywood, Bipasha Basu.
Sumber: Instagram Rizman Nordin
Leave a Reply