Pasti ramai yang selalu mendengar lagu MBH Medispa, Wawa Kosmetik dan Wildan Susu Kambing yang selalu menjadi halwa telinga.
Namun tiada siapa yang tahu siapakah gerangan empunya suara tersebut.
Eleena Haris ialah seorang bekas graduan akauntan di UiTM Shah Alam dan telah merakam hampir 20 lagu jingle untuk pelbagai iklan dan produk yang sering berkumandang di telinga pendengar.
Gadis yang berusia 23 tahun ini mempunyai pengikut seramai 108 ribu di akaun Instagramnya. Malahan, wajahnya yang cantik dan senyuman yang menawan selalu menjadi pujian peminatnya.
Lebih mengagumkan lagi, Eleena dikatakan bakal bergelar sebagai seorang akauntan tidak lama lagi namun tetap akan meneruskan kerjaya sekarang dek kerana minat yang mendalam.
Mengikuti perkembangan terbarunya, Eleena sedang merakam dan menyanyi lagu MBH Medispa ciptaan DJ Fuzz.
Sumber: Instagram Eleena Haris
Leave a Reply