“Ameena OK tapi Mak bapak dia tak OK.”, Shakilla Khoriri kongsi pengalaman kali pertama bawa anak pergi berjalan

Melancong bersama anak kecil bukan suatu yang mudah kerana ibu bapa perlu menitikberat setiap perkara untuk anak-anak.

Terbaru, pelakon Shakilla Khoriri ada berkongsi sekeping foto di akaun Instagramnya. Menurutnya, itu kali pertama dia dan suami membawa anak, Ameena Sofia menaiki kapal terbang.

Jelasnya, ada banyak perkara yang dia tidak dapat sempurnakan tapi itu adalah pengalaman untuk masa akan datang.

“Pertama kali dan percubaan bawa @ameenasofia_ travel naik flight.
Ameena OK tapi Mak bapak dia tak OK.
Ada banyak perkara yang tak kemas dan tak prepare. Tapi takpa lah kan, nama pun percubaan.
.
.
Alhamdulillah rezeki Ameena kitaorang dapat bawa jalan2.Insyallah kitaorang kerja kuat nak bawa Ameena travel lagi tempat lain ????????????”, kongsinya.

 

Menerusi ruangan komen, ramai yang memberi reaksi masing-masing termasuk rakan selebriti, Ika Nabella yang meminta agar Shakilla memberi tips persediaan membawa anak melancong.

Antara komen yang lain..

Difahamkan, pada kali ini Shakilla dan suami telah membawa Ameena bercuti di Bangkok. Malah, ini juga kali pertama mereka menjejak kaki di sana.

 

Sumber: Instagram Shakilla Khoriri

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*