[VIDEO] “Sy Tak Pernah Dengar Mcm Tu..”- Tok Ram Buka Mulut!, Komen Nyanyian Jaclyn Victor- Lubuk Viral

Maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS atau lebih dikenali sebagai Tok Ram akui ter.kejut dengan persembahan yang ditonjolkan oleh salah seorang peserta Gegar Vaganza 9(GV9), Jaclyn Victor. Menurut Tok Ram, dia tidak pernah mendengar Jaclyn yang dikenali ramai sebagai Jac menyanyikan lagu medley Di Bawah Pohon Asmara dan Gemilang seperti versi tersebut.

Memuji kelainan dan kebijaksanaan Jac dalam membuat persembahan, dia menyifatkannya sebagai contoh seorang penyanyi yang intelektual.

“Dia bukan masalah sedap tapi kata kuncinya adalah intele.ktual dan sesuatu di luar jangkaan. Jadi dalam konteks mengawal muzik lagu dia sendiri, saya tidak pernah dengar versi itu.

” Bila saya dengar macam itu, saya rasa tahun ini saya dapat apa yang saya nak iaitu, intelektual menyanyi” kata Tok Ram

De.dah pengarah muzik itu lagi, Jac juga tidak membuat persembahan sedemikian ketika sesi latihan dan mampu memberi saingan yang hebat kepada peserta-peserta yang lain.

“Diluar jangkaan! Dia boleh menyanyi di atas pentas yang tiga minit dalam versi yang diluar jangk.aan.

” Dia kawal lagu dan muzik itu dalam masa yang sama. Saya tak pernah dengar macam itu dan saya rasa kamu pun tak pernah bukan? Masa latihan dia tak menyanyi macam ini.

” Bila di atas pentas dia mendahului semua peserta lain. Itu adalah seharusnya seorang artis” kata Tok Ram lagi

Selain Jac, Tok Ram turut memuji beberapa persembahan peserta GV9 yang lain menerusi hits masing-masing.

“Ada beberapa penyanyi lain yang tidak kurang hebatnya seperti Dina dan Shila. Mereka memang ‘vass’.”

“Apabila mereka bercakap, sama seperti perangai mereka di luar. Atas pentas, mereka menyanyi dengan jujur apa yang mereka ingin nyanyikan.” dedahnya lagi

Dalam konsert pembukaan GV9, Jac mendahului dengan pungutan markah sebanyak 88.40. Untuk info,GV9 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.Selain Tok Tam, barisan juri tetap masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Bagi minggu pertama, penyanyi veteran Rahimah Rahim telah menjadi juri jemputan.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Muraimy