“Cabar aku, aku sampai aku cari” – Syamsul Yusof Akhirnya Bersuara- Lubuk Viral

Baru-baru ini, salah sebuah portal tempatan mend4kwa pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof menyorok daripada ditemubual oleh mereka ketika berlangsungnya majlis tayangan perdana filem tersebut, semalam.

Difahamkan, pihak portal berkenaan mahu menyelesaikan masalah ketidakpuasan hati yang tercetus mengenai laporan kisah rumahtangga pengarah tersebut.

Syamsul bersuara -“Aku tak menyoroklah!”

Terbaru, anak kepada pengarah hebat, Datuk Yusof Haslam tampil bersuara mengenai dakw4an yang dilemparkan oleh portal tersebut menerusi hantaran di laman Instagram. Jelas Syamsul, dia tidak pernah menyorokkan diri daripada mereka.

“Wuih bahasa..bakar line nampak mstar? Aku tak menyoroklah”- tulis Syamsul dalam hantaran di laman Instagram miliknya.

Nak aku datang ofis cari penulis ke?

Tambah pengarah berusia 38 tahun itu, tajuk utama yang ditulis oleh portal tersebut seolah-olah mengundang dirinya untuk hadir ke pejabat media tersebut dan mencari penulis artikel berkenaan.

” Nak aku datang pejabat dan cari penulis untuk menyembvr depan muka? Hal ini tak mainlah dalam media.

“Cabar aku, nanti aku sampai, aku cari. Silap orang kau cari gadvh, wahai wartawan,”tegas Syamsul.

Nanti abang sampai, okey?

Syamsul meluahkan ketidakpuasan apabila melihat sesetengah pihak yang cuba mencari masalah dengan dirinya, sedangkan dia tidak melakukan apa-apa pun yang menyakitkan hati.

Pada masa yang sama, Syamsul yang pernah dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik paling muda meminta pihak berkenaan agar menunggu kehadirannya ke pejabat mereka

“Nanti abang sampai, okey?”katanya.

Terdahulu, Syamsul dilaporkan tidak hadir ke malam tayangan perdana filem Mat Kilau yang diarahkan olehnya kerana mengalami demam panas seperti yang dilaporkan oleh adiknya, Syamin Yusof.

Adik perjelas -“Dia demam panas…”

Isu hangat yang melibatkan rumah tangga pengarah tersohor, Syamsul Yusof dan pelakon Puteri Sarah masih hangat menjadi bualan warganet. Mana tidaknya, baru-baru ini timbul spekulasi mengatakan pengarah berusia 38 tahun itu bakal berkahwin dengan ‘kekasih hati’, Ira Kazar.

Sehingga kini, pihak media masih menunggu jawapan daripadany tuan empunya badan sendiri mengenai khabar angin tersebut.

Syamsul tak hadir tayangan filem Mat Kilau?

Terbaru, kelibat pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof sebagai pengarah filem Mat Kilau tidak kelihatan sepanjang enam jam majlis tayangan perdana berlangsung di GSC, The Starling Damansara, Selangor, semalam.

Syamsul tak sihat

Memetik laporan Utusan Malaysia, ketidakhadiran sutradara filem epik sejarah tersebut adalah kerana kurang sihat dan perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Pengarah Urusan Studio Kembara dan Penerbit filem berkenaan, Abdul Rahman Mt Dali.

“Maaf, dia tak dapat hadir. Dia beritahu tidak berapa sihat,”katanya ketika ditemui oleh pihak media selepas tamat tayangan filem tersebut.

Adik cakap abang demam panas

Adik Syamsul, Syamin Yusof memaklumkan abangnya itu sebenarnya mengalami demam panas sedikit dan cuba berusaha untuk hadir ke tayangan perdana pada malam tersebut.

“Dia memang nak datang tapi mengalami demam panas. Saya nasihatkan dia lebih baik tidak hadir ke majis tersebut.

“Bgaaimanapun, dia kata akan datang berusaha datang,”ujar Syamin.

Bapa malas komen, biarlah Syamsul selesaikan sendiri masalah dia

Selain itu, bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam diasak pertanyaan bagi mengulas mengenai spekulasi panas anaknya itu. Namun, enggan mengulas mengenai hal tersebut kerana mahu menjaga hati banyak pihak.

“Perkara ini susah untuk diulas kerana saya perlu menjaga hati anak, menantu dan semua pihak yang terbabit.

“Benda ini, kalau saya komen, akan disalah tafsir dan menimbulkan salah faham kepada banyak pihak. Serba salah saya dibuatnya,”katanya lagi.

Ujar Yusof Haslam, perkara tersebut adalah wajar sekiranya individu tersebut yang menjawab sendiri dan berharap agar anaknya itu tidak patah semangat bagi meneruskan perjuangan menyelesaikan masalah.

“Soal ini biarlah Syamsul jawab. Lagipun tiada keperluan untuk saya bertemu dengan pihak sana. Tidak perlulah kita mengeruhkan lagi keadaan.

“saya harap dia kuat semangat dan jangan patah harapan. Terus berani berjuang dan jangan takut dengan masalah,” ujarnya lagi.

Kalau betul Syamsul nak kahwin lain, ini pesan ibu kepada keluarga Ira Kazar! – “Jangan ugut anak saya!”

SUSULAN timbulnya spekulasi Syamsul Yusof bakal berkahwin dengan wanita bernama Ira Kazar dalam waktu terdekat, ibu kepada pengarah tersebut iaitu Datin Fatimah Ismail memohon agar semua pihak tidak terus memperkatakan perkara itu kerana ia masih lagi samar.

Menurut Fatimah berita yang tersebar itu masih belum sahih dan anaknya mengambil langkah berdiam bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih burvk.

“Spekulasi belum sahih, jangan diwar-warkan.

Fatimah (tengah) bersama Yusof (kiri), Sarah dan dua cucunya. Gambar ini dirakam ketika produser itu dan isterinya menghantar Sarah di KLIA untuk mengerjakan umrah, Ramadan lalu.

“Syamsul diam kerana tidak mahu memburvkkan keadaan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Fatimah juga memberi peringatan kepada keluarga Ira agar menghentikan sebarang tindakan berbentuk ugutan melalui video untuk memastikan rumah tangga Syamsul dan menantunya, Puteri Sarah Liyana tidak terus terganggu.

Ini kerana kata Fatimah, pasangan suami isteri itu masih sayang menyayangi.

“Saya nak beritahu keluarga Kazar, jangan ugut anak saya kahwin dengan video-video p4lsu. Syamsul masih sayangkan isteri dan anak-anaknya,” jelasnya.

Spekulasi perkahwinan Syamsul dan Ira mula timbul apabila sebuah blog hiburan mend4kwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada seorang pelakon drama veteran.

Syamsul masih sayangkan isteri dan anak-anaknya

Biarpun tidak menulis nama, namun ramai yang mengesyaki g0sip itu merujuk kepada Syamsul dan Ira Kazar.

Laporan itu yang memetik sumber melaporkan, pengarah tersebut dikatakan sudah berjumpa bakal bapa mentuanya iaitu pelakon Kazar Saisi bagi membincangkan hasrat berkenaan.

Ira Kazar dikatakan sudah lama berkawan dengan Syamsul.

Sementara itu dalam satu kenyataan kepada mStar pada Rabu, bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam berharap agar khabar angin yang bertiup itu tidak menjadi kenyataan.

Untuk makluman, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Syaikhul Islam, 5 dan Sumayyah, 3 tahun.

Sumber: Instagram @syamsulyusoffilm, Mstar

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://limauasamboi.pw/