Ada Orang Slasat Slapa Gadls Yang Penyanyi MKClique Pimpin Tangan, Bukan Calang Orang Rupanya – Lubuk Viral

Kuala Lumpur – Penyanyi dan pelakon MK Clique telah menc.uri perhatian netizen di media sosial selepas berkongsi foto romantis bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Hajaar Siti.

Menerusi hantaran di Instagram, MK dilihat memuatnaik beberapa keping foto bersama Hajaar berserta kapsyen s.weet terhadap wanita yang digelar s.ayang itu.

Sekadar info, Nama sebenar beliau ialah Muhammad Hairi Amin bin Hamdan yang dikenali umum sebagai MK KClique dan nama panggilannya di kalangan rakan-rakan ialah Hairi dan Mat.

Dilahirkan pada 27 Julai 1996 di Hospital Besar, Tawau, Sabah. Kediamannya terletak di Tanjung Batu Tengah, Tawau. Beliau juga merupakan anak ketujuh daripada lapan orang adik-beradik.

Mempunyai enam orang kakak dan seorang adik lelaki. Dua orang daripadanya telah menin.ggal dunia. Beliau berkelulusan dalam jurusan Pengajian Perniagaan daripada Universiti Teknologi MARA UiTM, Kota Kinabalu, Sabah.

Dia juga merupakan anggota kumpulan K-Clique yang antara lain disertai tujuh lagi ahli iaitu Noki, Tuju, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas yang mana kesemua mereka berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.

Pimpin Tangan Gadis

Penyanyi rap keg.ilaan ramai MK K-Clique sekali lagi mengundang rasa ce.mburu dalam kalangan peminatnya apabila tular sebuah video sedang berpegangan tangan dengan seorang wanita yang dipercayai teman wanitanya.

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, dilihat menghadiri sebuah majlis di sebuah dewan dan berpakaian sedondon berwarna hitam dengan wanita terbabit.

“Ada yang patah. Bukan kayu tetapi hati diikuti dengan emoji hati terbelah,” tulis pemilik video tersebut dalam ruangan kapsyen.

Video tersebut seterusnya membuatkan ramai netizen patah hati dan tidak keruan kerana belum bersedia untuk menghadapi kebenaran pelakon drama The Hotel itu sudah berpunya.

“Sampai hati awak, penat saya hafal semua lagu awak. Nak patah hati tepi bucu katil,” komen seorang netizen.

“Bukan setakat patah hati, patah-riuk juga ini. Nasiblah aku sudah kahwin. Semoga rezeki bakal datang anak miliki wajah seperti MK,” luah seorang peminatnya.

Dikatakan Anak Kenamaan

Dalam pada itu, rata-rata netizen menda.kwa wanita yang bernama Siti Hajar itu tersebut berasal dari Kuantan, Pahang dan pernah terlihat mereka keluar bersama sebelum ini.

Malah, ada yang mend.akwa gadis berkenaan daripada keluarga ternama yang berasal dari Kuantan, Pahang.

Sedihnya c.rush saya dah ada awek. Penat saya hafal lagu-lagu awak, lastlast dah ada awek.

Hajar ni cantik tau, lemah lembut. Lowprofile walaupun emak bapa dia orang ternama dia punya lowprofile kawan-kawan saja yang tahu.

Pada April lalu, MK pernah mence.tuskan huru-hara dalam kalangan peminat wanitanya apabila memuat naik foto romantis bersama seorang wanita dalam Instagram.

Kredit : Mstar/Kosmo

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://rentasmalaysia.com/