Pukul 6 Pagi Dah Ada Yang Ajak Bergambar, Nabila Huda Tampil Luahkan Sesuatu Buat Ramai Yang Terdiam – Lubuk Viral

Pelakon dan pengacara Nabila Huda menegur sikap segelintir individu yang tiada ‘common sense’ apabila meminta untuk berswafoto (selfie) pada awal pagi. Menerusi Intagram Stories, Nabila atau lebih mesra disapa Abil berkata dia jauh sekali untuk s0mbong tetapi seawal 6 pagi sangat tidak masuk akal. Aktres berumur 38 tahun ini memohon ruang untuk dia menikmati suasana tanpa gangguan.

Bukan nak berlagak tapi tolong common sense sikit. 6 pagi nak selfie sangat awal untuk saya. Saya baru bangun dengan muka tak mandi. Dengan berpeluh, muka comot. Tolong kasi peluang untuk saya ‘me time’ nak enjoy pagi saya di sini. Jangan risau, saya bukan seorang yang s0mbong. Tak akan kena kerja 24 jam

Dalam pada itu, pemilik nama Nabila Huda Suhaimi tidak menolak sekiranya ada peminat yang datang ajak bergambar dan berborak di waktu bersesuaian. Berharap orang ramai faham situasinya, hos program Melodi ini memohon maaf sekiranya ada yang terasa dengan teguran tersebut. Takkan ada hidup yang akan terus murung atau sunyi selamanya.” Demikian kata pelakon Nabila Huda atau nama sebenarnya, Nabila Huda Suhaimi, 37, yang memaklumkan kehidupannya kini lebih bahagia selepas membuat pendedahan secara terbuka berhubung masalah kemurVngan yang dihidapi tahun lalu. Kata pelakon filem Bhsia: Jangan Pilih Jalan Hitam itu, dalam hidup, kita sebagai manusia, mempunyai banyak pilihan bagaimana untuk mendepani hari-hari mendatang.

“Saya lebih bahagia sekarang dan saya ingin hidup bahagia. Takkan ada hidup yang akan terus bersedih. “Biarpun 10 atau 15 tahun menunggu waktu (bahagia) itu tiba, fasa itu pasti akan datang. Kita sentiasa ada pilihan. “Kalau kita pilih kesedihan, sampai bila-bila pun bersedih sahajalah kehidupan.

Kalau dalam fikiran asyik cakap itu susah, ini susah, susahlah kamu,” katanya menerusi satu hantara status panjang lebar dalam Instagram. Prihatin dengan kepayahan hidup yang dihadapi orang ramai, anak kepada penyanyi rock ternama, Amy Search itu menitipkan pesanan agar kehidupan kekal dijalani dengan senyuman di bibir.

“Saya tahu ramai antara kita yang sedang bersedih sekarang, ‘down’ dan hilang arah. Tiba-tiba saya rasa nak berkongsi hantaran status (setahun lalu ini), supaya kalian mendapat inspirasi dan teruskan perjalanan hidup dengan senyuman. “Saya nak kalian percaya, apa yang kalian inginkan dalam hidup, benda itu akan datang. Cuma bila semua itu, kita tak tahu.

Nikmati sahaja perjalanan dan teruskan hidup dengan sepenuh jiwa raga. Jangan mengeluh sangat, senyum lebih dan sentiasalah bersyukur,” ujarnya. Nabila atau mesra disapa sebagai Abil berkata demikian sebagai memberi peringatan terhadap hantaran ‘campak belakang’ (throwback) yang dimuat naiknya setahun lalu.

Kata Abil setahun lalu, dia sepatutnya sudah mati lama dahulu kalau tidak kuat berdepan dugaan hidup. Menurutnya, apa yang telah dilaluinya tidak mudah dilalui orang lain. “Saya menyakitkan hati ramai orang, buat benda buruk, pentingkan diri sendiri dan dibenci ramai. Tetapi hidup mengajar dan menjadikan siapa saya ketika ini. “Saya tak salah orang lain, tak salahlah kegagalan perkahwinan dan tak salahkan keluarga yang berpisah. Sebab saya reda dengan takdir hidup saya yang sudah tertulis, “luahnya yang menyambut ulang tahun ke-36 pada Disember lalu. – K! ONLINE. Sumber, Instagram @kupu_kupu

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://erakini.bbn.my/o