Kazar Enggan Ulas Lebih Lanjut Isu Anaknya Kerana Ingin Jaga Hati Semua Pihak, – ‘Hanya Mereka Yang Tahu Apa Berlaku’ – Lubuk Viral

Sebelum ini, kisah rumah tangga pasangan selebriti terkenal iaitu Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana mendapat perhatian warganet selepas Puteri Sarah mendakwa anak kepada pelakon veteran Kazar iaitu Ira Kazar masih mengg4nggu rumah tangganya sejak daripada 2019 lagi.

Nak jaga hati semua pihak

Terbaharu, Kazar menyatakan bahawa agak sukar baginya untuk menjelaskan isu berkaitan dengan anaknya itu yang dikatakan telah mengganggu rumah tangga pasangan selebriti terbabit serta enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara berkenaan.

Tak payah lah, tak ada apa nak komen. Susah nak cakap.

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Kazaruddin Saisi berpendapat hanya anaknya dan pasangan selebriti berkenaan sahaja yang tahu apa yang sudah berlaku. Malah, pelakon berusia 63 itu menyatakan bahawa dia perlu menjaga hati semua pihak dalam isu ini.

Mereka saja tahu apa berlaku. Apa yang saya tahu, perkara ini dah kec0h. Saya tak tahu nak komen macam mana sebab kena jaga hati semua pihak apatah lagi di bulan Ramadan ini.

Terdahulu, Puteri sarah mendedahkan rumah tangganya dig4nggu oleh pihak ketiga iaitu Ira Kaza dan individu terbabit dikatakan tidak berputus asa mengg4nggu suaminya.

Sumber : Harian Metro

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : Ohbulan