Selepas Mas Idayu S0und ‘Sekali Lagi Kau Buat Kau Ingat’, Ini Jawapan Bal4s Isteri Aman Graseka – Lubuk Viral

Terdahulu penyanyi Mas Idayu tampil mendkwa kononnya bekas suami, Aman Graseka dihal4ng bertemu anak mereka, isteri aktor itu tampil menjelaskan situasi sebenar.

Akui Reena Arina, Aman sememangnya sudah lama tidak menghubungi anak gadisnya iaitu Nur Dayini Ashiqah, 22, kerana berkecil hati dengan sikap zuriat hasil perkahwinan dengan Mas Idayu itu.

Aman, 53, dikatakan kecew4 dengan tindakan Dayini memburukkan Reena sebagai ibu tiri di Instagram.

”Saya suruh abang (panggilan untuk Aman) supaya hubungi anaknya, tapi dia tak nak sebab kecil hati dan terkilan Dayini burvkkan saya dan adiknya.

”Abang kata Dayini sepatutnya hormat dia sebagai bapa. Malah semasa neneknya meninggI pun mereka tak datang ziarah. Mungkin itu sebab abang kecil hati.

”Saya pernah ajak keluar sekali tapi Dayini tak mahu! Lebih-lebih lagi selepas kami dah ada anak…

”Dayini tak boleh terima dia kini dah ada adik!” katanya kepada mStar.

Pada Jumaat, menerusi temubual eksklusif bersama mStar, Mas Idayu ber4ng apabila isu perb4lahan membabitkan anak tunggalnya itu dengan Reena menyebabkan wujud suara-suara nak4l mendkwa dia tidak pandai mendidik.

Kata Mas Idayu, pada awalnya dia enggan masuk campur dalam urusan tersebut sehinggalah namanya dikaitkan dalam satu artikel.

Malah, dia turut kecew4 apabila Aman tidak lagi menghubungi anaknya itu sejak mereka pulang daripada menunaikan ibadah umrah pada Februari lalu.

Bukan bl0ck, tapi telefon kena g0dam

Ditanya mengenai dakw4an Aman menyekat nombor anaknya di aplikasi WhatsApp, Reena memaklumkan telefon bimbit milik pelakon drama Tuan Danial itu ros4k dipercayai dig0dam pihak tidak bertanggungjawab.

” Abang tak bl0ck dia… hari itu telefon abang kena hack, kami semua terkejut segala maklumat dalam telefon hilang termasuklah nombor telefon dan mesej.

” Ia macam kerja hacker yang cekap… semua hilang secara automatik dan terpaksalah apa-apa sahaja berkaitan kerja dan panggilan wartawan kena melalui nombor saya, ” ujarnya.

Gara-gara perbal4han ini, Reena berkata dia menerima kec4man daripada netizen yang memandang serong terhadapnya sebagai ibu tir1.

Lebih memburukkan keadaan, ada pihak luar yang tidak dikenali cuba campur tangan dalam perbalahan yang berlaku itu.

” Aman tahu apa sahaja yang anak dia tulis tentang saya di Instagram… dia suruh saya bersabar, katanya tak apalah biar Tuhan sahaja balas.

” Saya juga kesal apabila ada seorang individu mengaku satu sekolah dengan saya dan burukkan saya di Instagram Dayini.

” Kalau betul kawan, dia takkan cerita buruk fasal saya. Aman tengah cari dia dan beritahu tak teragak nak buat laporan p0lis, ” katanya.

Aman mendirikan rumah tangga dengan model, Reena pada 2018, dan mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Aishymir Mateen Shah Aman Shah berusia  empat tahun.

Sebelum itu, Aman dan Mas Idayu mendirikan rumah tangga pada 1997, namun berpisah pada 2006.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Dayini.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber :www.dnq.pw