“K4nser Saya Hil4ng!!!!” – Elyana Kongsi Berita Gembira, Perju4ngan 11 Tahun Berhasil!

Penyanyi Elyana berkongsi khabar gembira apabila penyakit k4nser limfoma tahap empat yang dihidapinya selama 11 tahun telah hilang.

Menerusi laman sosial Instagram, Elyana nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 34, memuat naik sekeping foto dan video hasil imbasan badannya bersama doktor untuk tatapan umum.

Menurut Elyana, dia bersyukur apabila perjuangan dan penantiannya melawan penyakit ini membuahkan hasil.

“Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua. Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil!!!! Kanser saya hilang!!!!

“Alhamdulillah Ya Allah, terima kasih Ya Allah, kau telah mendengar doa kami.

“Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya. Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat. I love you Allah,” tulis Elyana di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)

Menerusi ruangan IG Story juga, Elyana memaklumkan dia kini sedang menjalani rawatan kemot3rapi buat kali kelima.

Difahamkan kali pertama dia melakukan rawatan kemot3rapi adalah pada sekitar September lalu.

Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya meraikan berita gembira tersebut dengan doa dan kata-kata semangat.

Tidak kurang juga ramai yang mahukan pelantun lagu Niat itu terus menjadi inspirasi buat pejuang-pejuang k4nser untuk melawan penyakit tersebut.

“Allahuakbar, syukur ya Allah, i’m so happy for you adik,” tulis Datuk Aznil Haji Nawawi.

“Alhamdulillah, berkat doa kak dan semua rakyat Malaysia. Sama-sama doakan kak Elyana sehingga sepenuhnya,” ujar seorang wargamaya.

“Alhamdulillah, semoga terus sihat dan jadi inspirasi untuk fighter lain ameen,” luah seorang wargamaya.

“Alhamdulillah kak! Teruskan berusaha. Semoga menjadi inspirasi pada mereka yang sama-sama menentang kanser ni,” kongsi seorang wargamaya.

“Syukur ya Allah, tiada yang mustahil dengan kuasa Tuhan. Ameen,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 30,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Sekitar Disember tahun 2020, Elyana memaklumkan kanser itu telah menyer4ng dan merebak ke beberapa organ badannya seperti r4him, hati dan pangkal paha.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)

Terdahulu, Elyana membuat pend3dahan mengenai penyakit kans3r limfoma tahap empat selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber:Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*