Cecah Ratusan Ribu Ringgit Sebulan, Lelaki Ini Ded4h Jumlah Pendapatan ‘Youtuber’ Syahmi Sazli

Siapa tak kenal YouTuber terkenal, Syahmi Sazli? Namanya melonjak naik apabila video-video yang dimuat naik melalui channel YouTube miliknya mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Terbaru, siri Drama Spontan yang diarahkan dengan kehadiran ‘pelakon baru’ Asif dan Yoe menjadikan video daripada Syahmi antara yang ditunggu-tunggu setiap minggu.

Sarat dengan gelak dan tawa, tak hairanlah setiap drama yang diarahkan Syahmi mendapat jutaan tontonan hanya beberapa jam selepas ditayangkan. Hebat.

Sambutan hangat daripada setiap video yang dibuat membuatkan ramai diantara kita tertanya-tanya berapakah pendapatan yang diperoleh Syahmi.

Seorang YouTuber menggunakan nama Brojep mendedahkan anggaran ‘gaji’ Syahmi menggunakan laman web Socialblade yang boleh menganalisis jumlah subscribers, video dan anggaran pendapatan bulanan.

Menurutnya, anggaran minimum Syahmi adalah RM26,800 dan mampu menjana sehingga RM400,000 maksimum sebulan.

Namun begitu, anggaran ini hanya berdasarkan jumlah pengikut serta tontonan YouTube sahaja, tidak termasuk penajaan produk didalam video Syahmi sendiri.

Fakta menarik Syahmi Sazli

1) Nama penuhnya, Muhammad Syahmi bin Sazli. Dikenali sebagai Syahmi Sazli.

2) Lahir pada 23 Mac 1995, Syahmi kini baru berusia 26 tahun.

3) Berasal dari Kampung Gertak Kechupu, Kota Bharu, Kelantan.

4) Mendapat pendidikan di Sultan Ismail College (Maktab Sultan Ismail), Kota Bharu. Sekolah ini merupakan antara sekolah paling elit di negeri Kelantan.

5) Berkelulusan diploma dalam jurusan Electrical Engineering daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Dungun, Terengganu, sebelum menyambung pengajian ijazah di UiTM Shah Alam, Selangor.

6) Mendirikan rumah tangga dengan Anissa Faizul dan sehingga kini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ainul Mardhiah pada 8 Januari 2019.

7) Bergiat sebagai Youtuber kerana minat yang mendalam terhadap dunia videografi dan gajet.

Permulaan Seorang Youtuber

Syahmi Sazli, beliau mula berkecimpung dalam bidang pembikinan video pendek pada tahun 2016.

Sejak itu, beliau sentiasa mencari jalan dan menimba ilmu dalam meningkatkan kualiti video yang dihasilkan.

Syahmi juga terpaksa meyakinkan ibubapanya bahawa inilah bidang yang digemarinya walaupun ketika itu masih menuntut dalam bidang kejuruteraan di sebuah pusat pengajian tinggi.

Selepas semakin berjaya dan memperolehi pendapatan yang stabil, Syahmi telah berkahwin dengan gadis cantik bernama Anissa Faizul yang juga berasal dari Kelantan.

Hasil perkahwinan di usia muda, pasangan ini telah dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan pada awal tahun ini.

Video pendek hasil karya Syahmi Sazli selalu saja trending di Youtube Malaysia. Video ringkas antara 5 – 10 minit yang dihasilkannya sangat santai namun penuh dengan mesej tersurat dan tersirat.

Walaupun hampir semua video terbitannya adalah dalam loghat kelantan, namun ia menyertakan sekali subtitle bagi setiap video tersebut.

Ini memudahkan penonton yang kurang faham akan loghat ‘kelate’ untuk sama-sama menikmati mesej yang ingin disampaikan.

Kerana minat yang mendalam terhadap dunia videografi dan gajet akhirnya membawa selebriti YouTube, Syahmi Sazli meraih pendapatan lumayan menerusi laman streaming video popular itu.

Penampilannya bersama remaja istimewa, Asif dan Yoe Parey menerusi drama pendek di saluran berkenaan berjaya mencetuskan fenomena dalam tempoh masa yang singkat.

Apa video sekalipun yang dikongsi Syahmi kepada para pengikutnya pasti akan menjadi trending dan mencatatkan jutaan tontonan.

Sumber:iluminasi, azhan.co dan trendingsangat

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: https://newzstuff.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*