Rentas Negeri Beberapa Hari Lagi, Ini Pesanan Dr Noor Hisham Kepada yg MahuBalik Kampung

Larangan rentas negeri akan ditarik balik dalam masa beberapa hari lagi, maklum Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Berita baik itu disampaikan Hisham di Twitternya awal pagi ini.

“Dalam masa beberapa hari, larangan rentas negeri akan ditarik balik.

“Penting untuk mengambil semua langkah berjaga-jaga seperti memakai pelitup muka, membasuh tangan, dan penjarakan fizikal, meskipun dalam kalangan yang sudah divaksin.

“Bagi memastikan yang tersayang dan ahli keluarga anda selamat, lakukan ujian air liur RTK-Ag sendiri secara berkala,” ciapnya.

Semalam juga, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memberikan bayangan serupa, apabila menitipkan pesan agar rakyat sentiasa mengambil sikap bertanggungjawab dan berjaga-jaga.

Katanya, ketika kerajaan sudah beralih untuk melakukan ujian hanya ke atas mereka yang bergejala, rakyat yang hidup dalam latar yang banyak bergerak serta mempunyai kontak yang tinggi, digalakkan untuk membuat ujian c0v1d-19 dengan kerap.

“1.6 peratus lagi (kadar vaksinasi) sebelum sempadan antara dibuka dibuka.

“Kalau mahu balik kampung jumpa orang tua, buat ujian air liur RTK. Pastikan mereka selamat,” ciapnya semalam.

Kata Khairy juga, kerajaan tidak lagi boleh memantau segala perkara seperti membuat sekatan jalan raya untuk memeriksa status vaksinasi rakyat, oleh itu, kini segala-galanya terpulang kepada tanggungjawab dan sikap peribadi rakyat.

Pada 22 Sept, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata aktiviti merentas negeri akan dibenarkan apabila 90 peratus golongan dewasa telah melengkapkan vaksinasi c0v1d-19.

Hari ini, Bernama melaporkan bahawa kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa sudah mencecah 88.8 peratus setakat Rabu (semalam), menjadikan sasaran untuk mencapai 90 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi kini tinggal 1.2 peratus.

Berdasarkan data KKM menerusi portal c0v1dnow, 94.6 peratus atau 22,135,242 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semua Tak Sabar Nak Rentas Negeri Tapi Sebelum Rentas, Ini Pesanan KHAS Khairy Jamaluddin Untuk Semua

Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan agar orang ramai melakukan ujian saringan c0v1d-19 dengan lebih kerap apabila kebenaran rentas negeri dibenarkan kelak.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, langkah itu penting terutamanya mereka yang berada dalam persekitaran hubungan dan mobiliti tinggi.

Nasihat itu diberikan ketika kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa negara hanya tinggal 1.6 peratus sebelum mencapai 90 peratus yang membolehkan larangan rentas negeri dimansuhkan.

Pada Rabu, jumlah vaksinasi lengkap populasi dewasa mencecah 88.4 peratus atau 20,819,254 manakala 73.8 peratus atau 24,085,144 mendapat sekurang-kurangnya satu dos v4ksin.

“1.6 peratus sebelum sempadan negeri dibuka, ketika KKM melakukan ujian saringan untuk kes simptom4tik, kami menasihatkan orang yang berada dalam persekitaran hubungan dan mobiliti tinggi untuk melakukan ujian secara berkala.

Lakukan ujian saringan c0v1d-19 berkala apabila rentas negeri dibenarkan - KJ

“Sekiranya anda ingin pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa, lakukan ujian air liur RTK Antigen. Jaga keselamatan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, ketika negara beralih ke fasa endemik c0v1d-19, tanggungjawab bergantung kebanyakannya kepada orang ramai.

“Ketika kita beralih ke fasa endemik, kita tidak boleh mengatur sekatan jalan raya untuk melihat sama ada anda telah divaksinasi atau melakukan ujian saringan.

“Kini ia banyak bergantung kepada tanggunjawab dan tingkah laku peribadi, saya percaya kita dapat menghadapi cabaran dalam pembukaan dengan selamat,” jelasnya.

Sumber : ASTRO AWANI

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : https://trendingkini.pw

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*