Rindu Sangat ni. Matin Mimpi IBU datang Lagi. tapi ibu diam je” Siti Sarah hadir dalam mimpi anak ketiga

“Matin nampak ibu balik rumah bawa Ayash… tapi ibu diam je”- Siti Sarah hadir dalam mimpi anak ketiga

IBU datang… balik rumah bawa Ayash.

Itu antara cerita dari mulut cahaya mata ketiga Allahy4rhamah Siti Sarah Raissuddin iaitu Ariq Matin yang baru berusia enam tahun.

“Tadi masa mandikan Matin, tiba-tiba cakap dia mimpi ibu.

“Saya cakap (dalam hati)… alamak seronoknya, aku ni minta (mimpikan arw4h) tak dapat-dapat.

“Matin cerita lagi… mimpi ibu datang balik rumah bawa Ayash. Bagi Matin pegang Ayash, Tapi ibu diam je tak cakap apa-apa,” kata Shuib.

Gambar kenangan Shuib dan anak-anak bersama Allahyarh4m Siti Sarah.

Shuib berkongsi tentang kejadian berkenaan pada majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk arw4h Siti Sarah pada Khamis malam.

Akui ‘cemburu’ mendengar cerita Matin, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, berkata dia sempat berpesan kepada anaknya andai kejadian mimpi itu berulang lagi.

“Saya beritahu dia, nanti kalau Matin mimpi lagi, beritahu ibu tolonglah masuk dalam mimpi daddy… rindu sangat nak jumpa dia.

“Sebenarnya sejak Isnin saya berdoa minta sangat-sangat untuk jumpa dia dalam mimpi.

Saya beritahu dia, nanti kalau Matin mimpi lagi, beritahu ibu tolonglah masuk dalam mimpi daddy… rindu sangat nak jumpa dia

SHUIB SEPAHTU

PELAWAK

“Tapi dia tak nak datang… rupa-rupanya Allah salurkan melalui orang lain,” katanya.

Dalam pada itu Shuib berkata dia juga menerima mesej daripada seorang wanita yang mengakui turut bermimpi melihat arw4h isterinya.

“Ada seorang hamba Allah WhatsAppa saya, orang yang mesej tu cakap… saya mimpikan arwh pada Selasa malam. Saya tak cerita pun dekat suami lagi. Tapi nak cerita dengan Shuib dulu.

“Dia cakap… Ya Allah saya terkejut sangat, saya mimpi Sarah menyanyi depan ramai orang.

“Saya tak pasti kebetulan ke apa, tapi ramai sangat tengok Sarah menyanyi… performance dia hebat betul,” demikian menurut Shuib seperti yang diceritakan wanita berkenaan kepadanya.

Siti Sarah, 37, mengh3mbuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat C0v1d-19.

Allahy4rhamah menjalani pembed4han bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 7 Ogos lalu.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebvmikan di Tanah Perkvbvran Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Allahy4rhamah meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.Sumber: mStar

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: https://viralnews68.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*