Yasmin Hani Sanggup Berlapar Daripada Memasak, “Saya Nak Dapur Bersih” – Lubuk Viral

Yasmin Hani kata dia sangat menjaga kebersihan rumah terutamanya dapur.

Disebabkan itu dia hanya akan memasak bila perlu sahaja.

Foto: IG

“Saya seorang yang suka outdoor dan mengemas. Kalau memasak, saya rasa basic saja boleh sebab pada akhirnya saya tanya diri sendiri, saya nak rumah bersih ke nak dapur berasap tapi rumah kotor berlemuih?” katanya seperti dipetik di sebuah portal.

Tambahnya dia tak kisah kelapran dan hanya memasak bila perlu.

“Saya sanggup berlapar asalkan rumah saya bersih. Nombor satu pada saya adalah kebersihan. Saya suka masak bila saya nak sahaja.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Hadi (@alifhadi)

Yasmin juga berkongsi kisahnya ketika kecil apabila sering dimarahi kerana masuk ke dapur memandangkan dirinya merupakan anak bongsu.

“Saya fikir balik dan berdoa ‘ya Allah, tolonglah buka hati saya untuk suka memasak, suka tau bukan pandai masak’.

“Allah makbulkan dengan maid saya lari. Jadi sekarang ni saya minta doa untuk minat memasak, zapp saya dapat peluang jadi host untuk program masakan.”

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

SUMBER:Cari