Dim4ki Jadi Per0sak Rumah Tangga, Kazar Anggap Ira Kac4u Syamsul Yusof Perkara Kecil Je – Lubuk Viral

Kazar memohon masyarakat tidak mudah menghvkum sehingga mengguris perasaan keluarga berhubung kontr0versi melibatkan anak perempuannya iaitu Ira Kazar yang did4kwa menjadi perosak rumah tangga orang lain.

Kazar atau Kazaruddin Saisi, 63, berkata, dia berharap masalah melibatkan Ira dengan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana dapat diselesaikan segera.

Foto: IG

“Nasihat saya kepada netizen, janganlah berkasar sangat dalam berbahasa. Bercakaplah elok-elok kerana ini bukan kerja kita.

“Kalau boleh mereka yang terlibat ini berdamailah. Ia bukan masalah besar sangat,” katanya kepada mStar.

Kazar ditemui ketika majlis Anugerah Seri Angkasa 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Sabtu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by käzar ?? مليسيا (@kazar35)

Dalam pada itu, Kazar enggan memberi sebarang komen lanjut berhubung kes berkenaan memandangkan ia masih dalam siasatan selain tidak mahu menimbulkan salah faham antara kedua-dua belah pihak.

Pun begitu, sebagai seorang bapa, Kazar sentiasa memberi sokongan penuh terhadap Ira ketika dia berdepan dengan masalah sebegini.

“Saya tidak boleh beri sebarang komen lanjut kerana perintah mahkamah.

“Ira okey sahaja… kami sekeluarga memberi sokongan penuh kepadanya,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by IK (@irakaza)

Sarah sebelum ini membuat dua aduan iaitu di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas dakw4an penglibatan orang ketiga dalam rumah tangganya manakala di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dakw4an melakukan gangguan.

Untuk rekod Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan Ira Kazar hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga membabitkan Sarah dan Syamsul.

Ira disiasat bawah Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

SUMBER:cari