“Usia Menjejak 40 Tahun Tidak Boleh H4mil??” Ketahui 9 Artis Yang Memiliki Anak Di Usia Ini – Lubuk Viral

Wanita yang sudah atau hampir menjejak usia 40 tahun, jangan sedih atau rvnsing mengenai h4mil dan soal zuriat.

Selagi anda masih belum menop4use, anda masih memiliki peluang tersebut walaupun ada yang mengatakan keh4milan pada usia tersebut mempunyai pelbagai kondisi yang akan mempengaruhi kesihatan bahkan kesvburan.

Antara Artis-artis Yang H4mil Di Usia 40 Tahun

1. Elly Mazlein

Berita gembira buat penyanyi Elly Mazlein, 41, apabila dia kini bergelar ibu kepada sepasang cahaya mata. Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom selamat mel4hirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor pada pagi 23 Oktober 2021. Hasil perkahwinan sebelum ini, Elly dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia enam tahun. Manakala Elly berkahwin dengan Mohamad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Haider Mateen Bin Mohamad Azlan.

2. Dato Sri Siti Nurhaliza

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya terdahulu selepas melahirkan anak kedua, Siti, 43, memilih nama Muhammad Afwa untuk cinta hatinya yang kedua itu yang bermaksud keampunan atau kemaafan. Siti berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada 21 Ogos 2006. Hasil perkahwinan, pasangan ini turut mempunyai seorang anak perempuan, Siti Aafiyah yang kini berusia empat tahun.

3. Rozita Che Wan

Rozita Che Wan, 49, atau lebih dikenali sebagai Che Ta mendirikan rumah tangga pada Disember 2013 dengan Zain Saidin dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 9 tahun. Che Ta juga memiliki dua anak teruna yang semakin meningkat dewasa hasil perkahwinannya yang terdahulu  iaitu Ammar Affendy, 26, dan Aniq Ezzra,24.

4. Yatt Hamzah

Yatt Hamzah, 42, yang mendirikan rumah tangga dengan Zulfahdli pada Februari 2016 dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Suci Humaira Iqima, 6, Suci Hayfa Medina, 4, Suci Hawa Zulaikha, 2, dan seorang anak lelaki yang dilahirkan pada 2021. Sebelum itu, Yatt turut mempunyai seorang anak, Suci Hanania Malika, 10, hasil perkahwinan pertamanya dengan Abdul Mutalib Shukor.

5. Linda Jasmine

Linda Jasmine Hashim, 50, mendirikan rumah tangga bersama Que Haider pada 15 Februari 2009. Pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar. Linda juga mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Qalif Khan, hasil perkahwinan sebelum ini.

6. Didie Alias

Didie Alias yang kini berusia 50 tahun pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ridzuan Hashim pada tahun 1991 namun berpisah pada tahun 2000. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nurdhaniyah, Muhammad Dhanial, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza, dan Nur Diyana. Pada Mei 2009, Didie mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Norisham Ismail dan dikurniakan seorang anak lelaki pada 2014 ketika berusia 41 tahun.

7. Sharifah Shahirah

Sharifah Shahirah yang kini berusia 48 tahun berkahwin bersama Jatt, vokalis Black Dog Bone dan dikurniakan seorang anak perempuan, Allisya, 23. Selepas itu, Shiera mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ijoy Azahari pada 28 Februari 2003 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Airell, 16, Airra, 13, Audra, 11, dan Adeena, 3.

8. Ziana Zain

Beliau yang kini berusia 54 tahun telahpun mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Armin Zaharin Ahmad Zambri pada 1998 sebelum bercerai pada 2018. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, Muhammad Ammar, dan sepasang kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh.

9. Linda Onn

Linda Onn yang kini berusia 45 dan suami, Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan, 41, mendirikan rumah tangga 27 Disember 2013 dikurniakan cah4ya mata lima tahun selepas itu. H0s dan penyamp4i radio terkenal, Linda 0nn tidak menyangka sudah empat tahun bergelar seorang ibu kepada seorang cahaya mata.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://www.tehtarikkaw.com/