“Waww, Bukan Calang-Calang Org!”- Bekas Pramugari & Pelajar ‘Degree’, Fazeera Makin Berseri Sejak Bergelar Ibu! – Lubuk Viral

Orangnya memang sudah cantik, sejak bergelar ibu pada 25 Jun lepas bertambah cantik dan berseri-seri isteri Fizo Omar ini! Kalau orang tak kenal, mesti ingat Fazeera Nazri Azrai masih anak dara.

Selamat timang cahaya mata perempuan kira-kira empat bulan lepas, Fazeera atau mesra disapa Faz kini merupakan ibu kepada Wan Khaleeda.

Faz yang dilahirkan pada 29 November 1996 di Kuching, Sarawak merupakan anak kedua daripada tiga beradik. Ayahnya bertugas sebagai juruteknik komputer sementara ibunya pula seorang suri rumah. Sebelum ini Faz berkhidmat sebagai pramugari di syarikat penerbangan Air Asia dan Qatar Airways.

Dalam temu bual bersama Nona awal tahun ini, Faz berkata dia menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan pendidikan.

Bekas Pramugari & Pelajar ‘Degree’, FAZEERA Makin Cantik Berseri Sejak Bergelar Ibu!
Credit Instagram @ffezyranesry

“Sekarang ni saya tengah ambil degree in education di UNITAR dan akan habis dalam dua tahun lagi. Lepas habis SPM, saya sambung STPM dalam bidang seni. Habis STPM, mulanya saya rasa nak kerja dulu dan timba pengalaman. Plan nak kerja dalam setahun je. Saya pun cuba interview Air Asia dan luckily dapat.

Suddenly makin ‘melekat’ pula sebab saya rasa macam suka dapat jumpa ramai orang, exchange ideas with people dan bergaul dengan ramai orang dari seluruh pelusuk dunia. I was flying with Air Asia for three years, lepas tu dengan Qatar Airways setahun lebih,” ujarnya yang diberhentikan kerja sebagai kabin krew kerana situasi pandemik Covid-19 yang menjejaskan sektor penerbangan.

“Sekarang ni saya bantu suami in terms of content dan appearance. Saya juga full time student dan buat motivation talk di media sosial. Apa yang saya share tu semua dari buku-buku yang pernah saya baca dan motivational video.”

Sejak mendirikan rumah tangga, Faz akui tidak terlepas daripada tempias dunia glamor. Walau agak terkejut dengan perhatian luar biasa yang diterima ketika pernikahan mereka pada 21 Oktober 2021 namun dia kini lebih bersedia dengan realiti bergelar isteri selebriti.

Bekas Pramugari & Pelajar ‘Degree’, FAZEERA Makin Cantik Berseri Sejak Bergelar Ibu!
Credit Instagram @ffezyranesry
Bekas Pramugari & Pelajar ‘Degree’, FAZEERA Makin Cantik Berseri Sejak Bergelar Ibu!
Credit Instagram @ffezyranesry
Bekas Pramugari & Pelajar ‘Degree’, FAZEERA Makin Cantik Berseri Sejak Bergelar Ibu!
Credit Instagram @ffezyranesry
Bekas Pramugari & Pelajar ‘Degree’, FAZEERA Makin Cantik Berseri Sejak Bergelar Ibu!
Credit Instagram @ffezyranesry

“Sebelum kahwin lagi, Fizo dah bagi mental preparation macam mana nak hadapi sesuatu perkara. Dari situ saya persiapkan diri. Benda ni memang dah discuss dari awal dan sebelum kahwin memang kami tak nak expose dulu.

Kami merancang (perkahwinan) dan sampai masanya baru uar-uarkan. Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancang. Tak dinafikan dah jadi isteri selebriti, secara tak langsung saya kena adapt dunia glamor ini terutamanya bila melibatkan privasi.

Sebab itu sekarang ni saya cuba keep everything eksklusif. Mengenai personal life dan sebagainya, saya selesa untuk tak expose diri dekat platform media sosial sangat.”

Enggan terpalit dengan sebarang kontroversi, Faz dalam nada tenang memberitahu dia mahu dikenali masyarakat sebagai personaliti yang mampu memberi inspirasi dan manfaat kepada semua.

“Everyone ada goals dan mission. Bagi saya, saya bukan nak jadi famous. Saya cuma nak spread motivational things to people supaya boleh bantu orang serba sedikit. Dalam masa sama beri kesedaran sebab sekarang ni kan ramai orang tengah struggle.

Alhamdulillah saya sangat puas hati. Tak sangka saya ada banyak ‘believers’ yang percaya dengan apa yang saya cuba sampaikan.”

Bekas Pramugari & Pelajar ‘Degree’, FAZEERA Makin Cantik Berseri Sejak Bergelar Ibu!
Credit Instagram @ffezyranesry
Bekas Pramugari & Pelajar ‘Degree’, FAZEERA Makin Cantik Berseri Sejak Bergelar Ibu!
Credit Instagram @ffezyranesry
Bekas Pramugari & Pelajar ‘Degree’, FAZEERA Makin Cantik Berseri Sejak Bergelar Ibu!
Credit Instagram @ffezyranesry
Bekas Pramugari & Pelajar ‘Degree’, FAZEERA Makin Cantik Berseri Sejak Bergelar Ibu!
Credit Instagram @ffezyranesry

Ditanya jika satu hari nanti dia mendapat tawaran sebagai pelakon atau hos, ini jawapan jujur Faz. “InshaAllah in the future, kalau ada. Bidang hiburan mungkin bukan kemahiran saya tapi kalau jadi hos mungkin boleh. Apa-apa pun saya kena discuss dengan suami dulu.

Saya suka jika diberi peluang jadi pembaca berita atau hos. Sebelum ini pun saya pernah bagi talk untuk pelajar universiti antaranya di UiTM dan UNITAR.”

Kalau tengok media sosial Faz, kebanyakan postingnya adalah berkaitan bahan-bahan bacaan. Katanya, dia boleh menghabiskan dua buah buku dengan 300 muka surat dalam masa sebulan dan buku kegemarannya ialah Thing and Grow Rich karya Napoleon Hill.

Tak hairanlah Faz suka berkongsi kata-kata positif dengan followers. Dia menjadikan aura positif tersebut untuk merangsang pemikiran yang lebih ke hadapan dan menjadi individu berjaya.

Mengulas kekuatan yang ada dalam diri, Faz terbuka berkongsi sisi peribadi dengan pembaca setia Nona. Ujarnya ia adalah sebagai pencetus semangat dan motivasi buat golongan wanita agar percaya diri walau dalam ap acara sekalipun.

“Saya seorang yang sangat independent. Sejak kerja Air Asia dulu saya terbiasa buat semuanya sendiri. Even saya tak kisah naik grab untuk ke mana-mana dan seorang diri je. Dulu masa tinggal dekat Doha pun saya uruskan semuanya sendiri. Laundry, semualah. Saya jarang minta tolong orang lain. Walau pun saya susah macam mana, saya cuba ikhtiar juga sampai saya dapat.”

Semoga perkongsian Faz ini dapat dijadikan sebagai panduan dan inspirasi buat semua wanita di luar sana ke arah menggenggam sebuah kejayaan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: NONA