Da’i Syed Selamat Bertunang? Tak Sangka Buah Hatinya Pengacara TV Terkenal “Mohon urusan jodoh dipermudahkan”- Lubuk Viral

Tarikh 27 Oktober 2022 menyaksikan detik istimewa buat penceramah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau lebih dikenali sebagai Da’i Syed apabila beliau selamat melangsungkan pertunangan dalam sebuah majlis ringkas.

Menerusi hantaran di akaun Instagram pelakon Datin Sri Umie Aida, Syed, 27 dilihat bergambar bersama pengacara program televisyen di saluran Tv Alhijrah, Nurulhana Ismail sambil diiringi ibu kedua-dua belah pihak di sebuah kediaman.

Catat Umie, “Allah permudahkan urusan kalian berdua dalam rahmatNya dan RedhoNya Allah SWT. Amin.” Hantaran itu turut menerima respon gembira daripada qariah remaja, Farhatul Fairuzah.

Bagaimanapun, hantaran tersebut telah dipadamkan oleh Umie beberapa minit selepas itu.

SEDANG mengenali hati budi!

Itu jawab pendakwah selebriti Da’i Syed apabila ditanya mengenai status hubungannya dengan pengacara stesen televisyen Al Hijrah iaitu Hana Ismail.

Berdoa agar urusannya dipermudahkan, Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal, 27, bagaimanapun enggan terlalu terbuka bercerita mengenai hubungan itu kerana bimbang tidak menjadi seperti dirancang.

“Terpulanglah pendapat orang ramai hendak menilai hubungan kami. Saya hanya minta doakan yang terbaik agar dipermudahkan segala urusan.

“Buat masa sekarang saya tidak boleh bercakap lanjut lagi. Takut nanti apa yang dirancang tidak menjadi. Jika ada berita baik ke arah hubungan yang lebih serius saya akan beritahu,” katanya kepada mStar.

Syed berkata demikian ketika ditemui di Majlis Malam Selebriti & Anak Seni bersama Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan di Hotel Le Meridien, Putrajaya pada Jumaat.

Baru-baru ini tular foto memperlihatkan Syed dan Hana bersama kedua ibu mereka dalam sebuah majlis.

Saya hanya minta doakan yang terbaik agar dipermudahkan segala urusan

Mengulas mengenai foto tersebut, Syed menjelaskan ia hanyalah pertemuan dua keluarga untuk mengenali lebih lanjut antara satu sama lain.

“Majlis itu adalah pertemuan antara dua keluarga untuk kenal lebih lanjut. Keluarga juga tidak ada masalah untuk kami melangkah ke fasa seterusnya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Syed juga berkata dia sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami dan berharap perancangan ke arah itu akan berjalan lancar.

Ibu juga merestui jika Syed bertemu jodoh dengan Hana.

Berkongsi detik perkenalan dengan personaliti TV itu, Syed memberitahu dia mula mengenali Hana dua minggu sebelum pertemuan antara dua keluarga itu.

“InsyaAllah saya sudah bersedia untuk kahwin. Biarlah kami berkenalan dahulu. Kalau sudah confirm nanti pasti saya akan kongsikan,” jelasnya.

Sementara itu bercakap tentang perkembangan kerjaya, Syed bakal tampil dengan sebuah rakaman selawat berjudul Waqtu Sahar selain drama lakonan iaitu Terima Kasih Cinta akan ditayangkan bermula November ini.

Sedikit info mengenai tunang Da’i Syed ini; bakatnya sebagai seorang pengacara mula diasah menerusi program On Air kendalian Astro Malaysia pada tahun 2012. Hana, 32 yang berkelulusan jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TSEL) daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan pengacara seangkatan dengan Dahlia Shazwan dan Hefny Saad.

Sebelum ini, Hana pernah mengendalikan beberapa program di bawah Astro seperti Buletin Awani, Raikan Cinta dan PM Live! Astro sebelum dia disunting oleh saluran TV Alhijrah. Di stesen baharu ini, dia muncul menerusi program Assalamualaikum TV Alhijrah yang keudara dari jam 7.00 pagi pada setiap hari serta program Kemanisan Iman Bersama Al-Quran pada setiap hari Rabu jam 8.30 malam.

Semoga pertalian tunang ini kekal hingga ke majlis pernikahan kalian berdua kelak. Lupakan kisah lampau yang pernah menyelubungi mana-mana pihak dan bukalah buku baharu dengan fasa kehidupan seterusnya ini.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber/ Kredit : mStar