Muat Naik Hantaran K3s Percer4ian, Adam Shahz Ded4h Kawan Tunjuk Foto Bek4s Isteri Dengan Lelaki Lain Di Pvb? – Lubuk Viral

Pelakon Adam Shahz memuat naik beberapa hantaran di TikTok Stories yang memaparkan dirinya berkongsi kisah perceraian yang berlaku dalam rumah tangga.

Menerusi perkongsian tersebut, dia menceritakan kisah perceraiannya dengan menyatakan hak penjagaan anak-anak jatuh kepada isteri dan dia memberi nafkah setiap bulan kepada anak-anaknya.

“Kami bercerai. Isteri dapat hak jagaan anak penuh kerana anak kami 2 orang berumur 5 tahun dan 3 tahun.

“Saya membayar nafkah anak bulanan seperti mahkamah arahkan dan saya dapat hak lawatan. Isteri tidak bekerja pada masa itu.

“Saya tidak mau campur urusan peribadi isteri saya ada pasangan baru atau hidup barunya asalkan dia dapat menjaga anak-anak dengan baik. Dia ada hak untuk hidup bahagia cara dia,” ceritanya dalam hantaran.

“Satu hari kawan saya menunjukkan pada saya gambar-gambar s*ksi ibu pada anak-anak saya dengan lelaki lain di pub di media sosial. Saya sudah disekat (block). Saya risaukan anak-anak saya. Saya jumpa angkol (pakcik). Angkol suruh saya sediakan semua bukti dan bawa ke mahkamah untuk saya menuntut hadhanah,” tulis dalam hantaran.

Susulan itu, Fatin Afeefa dilihat meninggalkan komen di hantaran tersebut dengan menyatakan hantaran tersebut akan menjadi fitnah malah dia mendedahkan bahawa Adam tidak pernah memberi nafkah kepada anak-anaknya selama 4 tahun.

“Elok la post gini buat orang fitnah ya Adam Shahz. Mahkamah arahkan mende, 4 tahun satu sen tak bagi nafkah, lepas aku viralkan baru bagi.

“Dah elok aku tak cari pasal, nak cari gaduh, elok… Im done being nice with you. I mean it this time,” bidasnya.

Namun begitu, komen yang ditinggalkan Fatin Afeefa pada hantaran tersebut dilihat telah disembunyikan namun beberapa jam kemudian dipaparkan kepada umum semula.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/