Kak Lina Ganti Peserta GV Tak Hadir Rehearsal, Semua Pun Boleh Buat! – Lubuk Viral

Sebut sahaja nama Elly Mazlein ini pastinya ramai yang terbayangkan gelagatnya yang lincah di pentas Gegar Vaganza. Biarpun baru musim ini Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina dan Kak Kepom, namun namanya sudah menjadi sinonim dengan rancangan realiti TV yang satu ini.

Setiap minggu karenahnya dinanti-nantikan oleh peminat Gegar Vaganza bersama rakan pengacara, Nabil Ahmad. Untuk info, Kak Lina sebelum ini bergelar penyanyi di awal kemunculan sebagai anak seni. Kemudiannya menjadi pelakon dan ternyata bakatnya itu cukup terserlah selepas ramai meminati lakonannya di dalam drama Kampung People.

 

Walau bagaimanapun, kehadiran Kak Lina di Gegar Vaganza nampaknya diterima baik. Saban minggu ramai yang menantikan gelagatnya. Terbaharu satu video yang memaparkan Kak Lina ganti peserta GV tak hadir rehearsal telah mencuri perhatian ramai.

Wow, memang selebriti serba bolehlah Kak Lina Kepom! Berikut adalah rakaman tersebut yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok ini:

@nadiaaazainudin

peserta tak boleh datang rehearsal? No problem. #gegarvaganza9

♬ original sound – nadia zainudin – nadia zainudin

Menerusi perkongsian video ini dipaparkan Kak Lina ganti peserta FV tak hadir rehearsal dengan bantu pemuzik dan menyanyikan lagu yang dipertandingkan. Biarpun tidak dirancang dan ada lirik yang tidak diingati, namun nyanyian Kak Lina tetap merdu dan enak didengar.

Rata-rata warganet memuji suara nyanyian Kak Lina dalam rakaman yang dikongsikan ini. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen ini:

“Kak Lina adalah makna sebenar pelangi selepas hujan”

Screenshot at Oct 26 16-11-01

“GV pernah sendu, tahun ni penonton teruja cause Kak Lina”

Screenshot at Oct 26 16-10-42

“Tahun ni rezeki dia, nama melonjak naik”

Screenshot at Oct 26 16-10-22

“Penyanyi, pelakon, pengacara, penyampari radio. Banyak dia sapu Kak Lina ni. Rezeki melimpah2”

Screenshot at Oct 26 16-10-03

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: HCL