“Masyaallah Tampan nya Urhan”Akhirnya Uyaina Arshad Kongsi Wajah Anak Lelakinya

Selepas selamat melahirkan putera sulung pada 8 September lalu, Uyaina Arshad dan juga suami iaitu Raja Syahiran sepakat untuk menamakan nama bayi comel mereka dengan nama Raja Urhan Raja Syahiran.

Sebelum ini, menerusi satu perkongsian di Instagram, nama anak nya itu memiliki sebutan yang akan sama dengan namanya dan maksud nya juga yang cukup baik.

“Urhan bermaksud pemimpin yang hebat. Selain dekat dengan nama ibu kami yang tercinta Noor Alhan, nama Urhan juga diambil dari nama Sultan Empayar Uthmaniyyah yang kedua iaitu Sultan Orhan Gazi.

“Semoga Raja Urhan membesar menjadi seorang khalifah yang baik di muka bumi ini dan dapat memberi kebaikan kepada ramai orang,” tulisnya.

Terbaru, Uyaina berkongsi gambar anaknya Raja Urhan Raja Syahiran di laman Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Menerusi perkongsian tersebut, terlihat wajah Anak Uyaina Arshad sungguh manis dan tampan. Rata rata rakan artis dan netizen meninggalkan pesanan positif dan memuji wajah tampan Raja Urhan Raja Syahiran.

Antara Komen Yang Ditinggalkan: 

Menerusi perkongsian itu juga, wajah Urhan kelihatan seperti Ayahnya Syahiran. Terdahulu, Uyaina selamat melahirkan bayi lelaki menerusi pembedah4n.

Uyaina dan Raja Syahiran yang juga penyanyi melangsungkan pernikahan di Colony Star Boulevard, di sini, pada 20 Disember tahun lalu.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Instagram Uyaina Arshad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*