Pengantin Lelaki ‘Naik Sheikh’ Lepas Dengar Muzik Silat, Siap Buka Langkah Sebelum ‘Tumbang- Lubuk Viral

Tular di media sosial video seorang pengantin lelaki yang diraikan secara tiba-tiba bangun dari tempat duduk dan menyerang pesilat yang sedang membuat persembahan.

Terus masuk gelanggang

Kejadian yang dikongsikan oleh beberapa tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan tersebut menyaksikan pengantikan lelaki secara tiba-tiba bangun dan ‘masuk’ gelanggang silat selepas beberapa kali menggoyangkan kakinya.

Bukan itu saja, pesilat sedia ada turut sama beraksi dengan pengantin lelaki tersebut selepas orang ramai di kawasan itu meminta agar aksi mereka berdua tidak diganggu kerana risau ada yang tercedera.

Tindakan pengantin lelaki itu yang secara tiba-tiba membuka langkah silat dikatakan kerana mendengar alunan muzik tradisional yang menjadi lagu latar belakang pesilat untuk beraksi di hadapan pasangan raja sehari tersebut.

Tumbang lepas jatuhkan pesilat

Selepas beberapa saat bersilat, lelaki berkenaan tiba-tiba tumbang sebelum diselamatkan oleh orang ramai selepas berjaya menjatuhkan pesilat yang berada bersama dengannya.

Sambungan kejadian tersebut yang dikongsikan di TikTok mendapati bahawa bukan sahaja lelaki tersebut yang tumbang tetapi terdapat dua lagi orang yang turut sama pengsan selepas aksi silat dipersembahkan dalam majlis perkahwinan.

Difahamkan ketiga-tiga individu tersebut berada dalam keadaan yang baik selepas sedarkan diri dan tiada orang lain yang cedera akibat kejadian yang berlaku itu. Menjengah ke ruang komen, ada yang meminta keluarga tersebut mendapatkan rawatan daripada pakar perubatan Islam kerana berkemungkinan berkait dengan saka keturunan.

Komen netizen

VIDEO :

@eppayazids

Lain macam aura dia. Terkejut jgk kita wak tgk kejadian macamni depan mata. ? #fyp #pengantinviral #pengantinsilat #weddingtiktok

♬ Mentera Semerah Padi – M. Nasir

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: OhBulan