[Video] Selepas Sah Bergelar Isteri Adam Lee, Sekali Sweet Qistina Men4ngis Buat R4mai Bimb4ng – Lubuk Viral

Keserasian pelakon jelita dan kacak iaitu Adam Lee dan Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 24, dalam drama lakonan mereka bersama membuatkan ramai peminat ‘restu’ dan selepas menjalin hubungan cinta tiga tahun kedua-dua pelakon ini mengikat tali pertunangan pada tahun lalu.

Walau bagaimanapun, kelmarin pula pasangan ini membuatkan ramai peminat gembira kerana kedua-dua pelakon ini memuat naik foto majlis berinai kepada umum dengan bertemakan Jawa.

Ramai yang memberikan pujian terhadap kecantikan Sweet Qismina yang terserlah dalam busana tersebut. Pun begitu, dia juga mengumumkan di media sosial miliknya bahawa dia dan Adam Lee akan disatukan pada hari ini. Pemilik suara lagu, Namo ini juga mengharapkan doa baik orang ramai untuk majlisnya itu.

Meskipun begitu, sebentar tadi Sweet Qismina telah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya itu, Adam Lee dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan Adam Lee dan Sweet Qismina ini juga dikongsikan secara langsung menerusi Youtube dengan ditonton ribuan pengguna platform tersebut sebentar tadi.

Sweet Qismina dan Adam Lee bagaimanapun telah sah disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 24 Oktober 2022 dengan sekali lafaz sebentar tadi dan pasangan sama cantik, sama padan ini di majlis pernikahan mereka memakai busana putih sedondon. Dalam video live dikongsikan itu juga, pelakon jelita itu turut sebak selepas sah menjadi isteri kepada jejaka pilihan hatinya.

\

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber/ Kredit : HCL