[VIDEO] “Saya sekarang dah berani la” -Jep Sepahtu buat hal lagi, minta Uqasha Senrose suap aiskrim- Lubuk Viral

Episod kedua Sepahtu Reunion Live Tour 2022 nampaknya dimeriahkan oleh pelakon jelita, Uqasha Senrose pula sebagai selebriti jemputan. Membawa peranan sebagai nurse, Uqasha Senrose juga dipuji netizen menerusi media sosial.

Jika minggu lalu, Jep hangat dibualkan ramai disebabkan lawaknya yang berani dengan selebriti jelita, Erra Fazira ternyata kali ini Jep buat hal lagi sehingga mengundang warganet berkongsikan pelbagai rakaman video pendek dia di episod kedua rancangan Sepahtu Reunion Live Tour 2022.

Jika sebelum ini mahu disuapkan bubur, kali ini riuh pentas Sepahtu Reunion Live Tour 2022 episod kedua itu disebabkan Jep ingin disuapkan aiskrim pula. Gel4gat Jep yang pada minggu ini membawa peranan sekali lagi sebagai watak Tapan.

Manakala Rahim sebagai doktor dan selebriti jemputan, Uqasha Senrose membawa peranan sebagai nurse. Nampaknya kedua-dua mereka turut dikenakan oleh Jep sehingga membuatkan ramai terhibur pada malam tadi. Jep juga sempat akui dia semakin berani dan telatahnya pada kali ini membuatkan dia semakin menjadi tumpuan.

VIDEO:

Video yang dikongsikan itu bagaimanapun dihujani dengan komen-komen lucu oleh warganet dan penonton setia Sepahtu Reunion Live yang juga merasakan rancangan tersebut akan bertahan lama. Mana tidaknya, lawak spontan dilakukan oleh kumpulan Sepahtu ini membuatkan saban minggu ramai tertawa.

KOMEN NETIZEN:

“Jep ni memang lawak…”

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://bartasangbad.site/