“Ora Perlu Janji Sehidup Sem4ti..” Berinai Tema Jawa! Ramai Terpegun Lihat Sweet Qismina & Adam Lee – Lubuk Viral

Pasangan pelakon, Sweet Qismina dan Adam Lee dijangka bakal melangsungkan pernikahan sekitar bulan ini setelah memaklumkan persediaan perkahwinan sudah hampir siap.

Walaupun tidak memberikan tarikh sebenar, namun Sweet menyatakan yang tarikh tersebut sama dengan tarikh mereka bertunang sekitar tahun lalu iaitu pada 24 Oktober 2021.

Terbaharu, perkongsian Sweet Qismina bergambar bersama tunangnya, Adam Lee di laman Instagram mencuri perhatian ramai.

Menerusi hantaran tersebut, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi dan pasangan dilihat megenakan busana bertemakan Jawa sebagai pilihan di majlis berinai.

Dalam masa sama, Sweet juga menyertakan kapsyen ringkas beserta tanda pagar #TerciptaALSQ dan tarikh 22 Oktober 2022.

“Ora perlu janji sehidup semati, sing penting iso bertahan sampek mati,”tulis Sweet.

Rata-rata netizen termasuk rakan artis memuji kecantikan pasangan tersebut selain pemilihan tema busana yang dipakai oleh mereka.

Selain itu, mereka juga mendoakan kebahagian Sweet dan Adam dalam melayari bahtera rumah tangga tidak lama lagi.

Untuk rekod, Sweet dan Adam telah mengikat tali pertunangan pada 24 Oktober tahun lalu selepas tiga tahun bercinta.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://www.tehtarikkaw.com/