Suami Pon Ada Dua Anak Di Sweden, Jadi bila Berjumpa….. “Sharifah Sakinah Ded4h punca sebenar Berpisah… – Lubuk Viral

Pelakon Sharifah Sakinah mengakui dia memahami dan memilih untuk tidak mengambi pusing soal kritik4n netizen setiap kali timbul sesuatu yang mencetuskan tular.

Menurut Sakinah, 33, atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, semenjak disahkan menghidap Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan berjumpa dengan beberapa pakar terapi, dia mulai belajar untuk mengendalikan kehidupan dengan lebih baik.

“Setiap orang ada perspektif masing-masing. Saya tak salahkan mereka (netizen) kalau mereka tidak bersetuju dengan apa yang saya katakan.

“Macam isu samakan tandas dengan syurga baru-baru ini, saya tidak maksudkan syurga akhirat, saya tahu syurga itu tempat suci tetapi lebih kepada bahasa orang dalam industri hiburan.

“Bila isu ini jadi perdebatan, saya pilih untuk mendiamkan diri kerana tidak mahu apa sahaja kenyataan saya disalah ertikan.

“Kalau saya pilih untuk bergaduh, masalah tidak akan selesai. Sebab itulah baik dari sudut kehidupan atau kerja, saya pilih untuk menyayangi diri sendiri terlebih dahulu.

“Kemudian kita layan semua orang sama rata. Dalam bekerja pun, saya tidak suka ada jurang antara saya dan pelakon baru.

“Saya mahu semua orang selesa dalam bekerja dan tidak ada drama yang berbangkit,” katanya kepada MH.

Adik kepada penyampai radio, Sharifah Shahirah ini berkata demikian ketika ditemui di set penggambaran filem Jemputan Ke Ner4ka di Pulau Carey, Klang baru-baru ini.

Berkongsi mengenai perkahwinan keduanya, Sakinah berkata, dia dan suami, Michael Hansen, 43, ketika ini melalui perhubungan jarak jauh.

Jelas Sakinah meski ia bukan mudah, namun mereka membuat pengorbanan itu demi anak masing-masing yang masih memerlukan perhatian.

“Suami ada dua anak di Sweden dan saya juga ada anak di Kuala Lumpur. Jadi agak sukar untuk saya bawa anak ke sana kerana dia masih ada bapa di sini dan dia satu-satunya anak bekas suami saya.

“Jadi kami buat keputusan untuk melalui perhubungan jarak jauh. Syukur, setakat ini semuanya berjalan dengan baik.

“InsyaAllah hujung Jun nanti saya akan pulang ke Sweden untuk berehat dan bersama suami di sana selama dua bulan,” katanya.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/