Kakak Nafl Buka ‘Alb’ Keluarga, Ini Penjelasan beliau “Mak ayah sy diser4ng bertalu2″- Lubuk Viral

Walaupun barn seminggu mendirikan rumah tangga, tetapi Abang Viva dan isterinya jadi bualan hangat apabila didakwa bernikah tanpa pengetahuan keluarga oleh kakak keduanya. Rentetan itu, dia meminta agar diberikan ruang demi menyelesaikan salah faham yang telah berbangkit itu secara tenang dan tertutup.

Posting haritu bukan membuka aib keluarga… salah ke sebagai anak, saya mahu jaga hati & perasaan orang tua. Terdahulu, Fauziyah Omar memaklumkan posting tularnya sebelum ini telah diturunkan atas permintaan pasangan mempelai sendiri. Namun tegasnya, tujuan asal hantaran itu dimuat naik bukanlah untuk membuka aib pengantin atau keluarga.

Sebaliknya lebih kepada makluman kepada pihak yang `selamba’ datang ke rumah tanpa mengira waktu sekali gus mengganggu ketenteraman orang tuanya. Orang tanya kenapa rahsiakan nikah, tak jemput mereka? Disebabkan bermula dengan kuasa viral…maka saya guna saluran sama

Sejak kecoh berita pernikahan Abang Viva secara `senyap-senyap’ pada 14 Oktober lalu, `tempiasnya’ didakwa banyak terkena keluarga.

Selain mempersoalkan tidak dijemput ke acara berkenaan, Fauziyah turut sedih apabila ibu bapanya `dipulaukan’ konon dah kaya hingga lupakan saudara-mara. Disebabkan isu ini mula tercetus dengan luasa viral’, maka dia turut guna saluran sama untuk membersihkan tanggapan negatif yang dilemparkan kepada orang tuanya.

“Mak ayah sy diser4ng bertalu2 dari pihak keluarga, kenalan, malah dari org yg tak dikenali sejak dari berita pernikahan mereka. Org tanya kenapa tak jemput mereka, kenapa nak rahsia, tak kurang juga ada yg dah pulaukan pun mak ayah sy sbb katanya dah kaya lupa saudara. Hati anak mana yg sanggup tengok keadaan mak ayahnya yg jatuh terduduk selepas tau berita itu? Hati anak mana yg kuat? Mak ayah sy hingga perlu mendapatkan rawatan pakar. Ada yg tanya?

Netizen, semoga kamu dan keluarga kamu dijauhkan dari dugaan yg begini. Kalau sy nak membuka aib.. bukan begini.. saya jauh dari keluarga atas sebab apa? Hanya org yg kenal sy dan keluarga yg tahu apa kami lalui. Apa yg berlaku. Tak semua benda perlu diviralkan dan buat live utk org tahu. Tapi disebab kan isu ini bermula dgn kuasa viral, kuasa publisiti, maka sy gunakan saluran yg sama utk membersihkan nama mak dan ayah saya.”

Apa pun orang luar cakap, yang pasti kita tau mak ayah tetap sayang adik…semoga dipermudahkan segala ujian yang menimpa keluarga.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata ahli keluarga dan kenalan terdekat mendoakan agar urusan Fauziyah serta ibu bapanya dipermudahkan. Walau apa pun yang dicanang oleh orang luar, mereka percaya pasangan warga emas tersebut tetap menyayangi Abang Viva. Sumber viralnewsupdates.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://limauasamboi.pw/