“Inilah Anak Yang Mengher3t Ibu Bapanya Ke Syurga” – Netizen Ters3ntuh Tengok Azal Baca Al-Fatihah – Lubuk Viral

RAMAI sedia maklum anak kembar pelakon Zarina Zainuddin iaitu Azal Azrai dan Razil Azrai adalah anak syurga yang mengh1dap aut1sme sejak lahir.

Meskipun sebelum ini kedua-dua mereka pernah dil4bel sebagai ‘g1la’ oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menyunting informasi mengenai mereka di Wikipedia namun Zarina tidak pernah patah semangat dalam menjaga dan memberikan yang terbaik buat anak kesayangannya itu.

Terbaharu gelagat Azal yang lancar membaca surah Al-Fatihah bagi menghilangkan rasa gementar ketika melakukan aktiviti lasak flying fox mencvri perhatian netizen yang kagum dengan kebolehannya membaca ayat al-Quran dengan baik.

Azal baca Al-Fatihah bagi mengh1langkan rasa gementar

Menerusi rakaman video yang dimuat naik akaun TikTok Sugeh Resort, Azal dipercayai mencuba aktiviti berkenaan ketika bercuti di lokasi tersebut.

Ramai memuji cara Azal menenangkan diri sekaligus kagum dengan keberanian anak istimewa tersebut melakukan aktiviti lasak.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji Zarina kerana tetap memberikan didikan agama yang baik kepada anak-anak meskipun mereka adalah golongan kelainan upaya.

“Alhamdulillah, inilah anak yang mengheret ibu bapanya ke syurga. Pandai kak Zarina jaga anak syurga.

“Sejuk sikit telinga dengar, pandaidan lancar dia baca surah Al-Fatihah. Walaupun tak sempurna tapi masih lagi menyebut perkara yang baik-baik, tersentuh dengar,” antara komen netizen.

Azal maafkan semua orang yang meng4ta dirinya.

Sementara itu, dalam hantaran terbaharu Zarina di Instagram memberitahu anaknya itu telah memaafkan mereka yang mengh1na dirinya.

Dalam video berkenaan, Azal turut meminta orang ramai agar lebih menghormati dirinya sebagai insan avtisme.

“Azal cakap dia dah maafkan orang yang meng4ta dia. Saya cakap dengan Azal, jangan simpan d3ndam. Kita maafkan, kita lupakan… hidup perlu diteruskan,” kongsinya.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://www.klmenjeritvideo.dnq.news