“Inilah yang dikatakan jodoh”-Nadia Brian – Lubuk Viral

Kuala Lumpur: Pelakon, Nadia Brian berkongsi rasa bahagia selepas ibunya, Cassandra Husmarita Hussain, 53, selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Nor Adli Abu Samah, 47, semalam.

Nadia ketika dihubungi berkata, ini adalah hari bahagia buat ibunya selepas 23 tahun hidup sendiri.

“Alhamdulillah, selepas 23 tahun, ibu kini ada peneman hidupnya. Saya dan adik-beradik lain tumpang bahagia untuknya,” katanya kepada Harian Metro.

Husmarita dan Adli diijabkabulkan dalam majlis ringkas yang diadakan di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang, semalam dan dihadiri keluarga terdekat.

“Semuanya berlangsung dengan lancar pada tengah hari semalam. Sepatutnya saya ikut ibu sekali, tetapi saya rasa sangat sayu sampai tak boleh berhenti men4ngis.

“Inilah yang dikatakan jodoh. Siapa sangka, selepas 23 tahun, akhirnya ibu dipertemukan dengan jodoh yang baik dan ada pengetahuan agama seperti Uncle.

“Ibu bekerja dalam bidang kaunseling dan Uncle diperkenalkan oleh pensyarah di universiti tempatnya bertugas,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadia B (@nadia.brian)

Kedua-dua mempelai akan diraikan dalam majlis makan tengah hari ringkas pada 30 Oktober ini di kediaman mereka.

Terbaharu, drama lakonan Nadia, Suri Hati kini sedang ditayangkan di slot Samarinda TV3.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadia B (@nadia.brian)

Selain Nadia, drama itu juga turut dibintangi Puteri Sarah Liyana, Adriana Adnan dan ramai lagi.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://todaynews69.com/