“Nanti Dia Cerita Benda Lama Yang Aku Buat Dengan Dia,”-Isteri Kawan Dengan Bekas Kekasih, Ini Komen Nabil Ahmad- Lubuk Viral

Nabil Ahmad kata dia tak akan benarkan isterinya, Zira Ayub berkawan dengan bekas kekasihnya.

Katanya tindakan seperti itu adalah tidak baik untuk hubungan suami isteri.

“Aku kalau boleh yang dah lepas tu lepas lah. Aku pun rasa isteri tak perlu tahu masa lampau aku begitu juga aku. Sebab kita manusia kita akan buat silap.”

“Contohnya, aku bawa isteri lepak dengan bekas kekasih tiba-tiba dia bercerita benda lama pernah buat dengan dia yang isteri sendiri tak tahu. Bukan ke ia akan merosakkan hubungan tu?” katanya ketika slot 3

Pagi Era bersama penyampai yang lain iaitu Pak Azad dan Radin.

Nabil juga mempersoalkan keperluan untuk berkawan dan ia seolah-olah boleh menjahanamkan diri sendiri.

Bekas kekasih Nabil Irma Hasmie lah kan? Kalau berjumpa dalam kelas mengaji misalnya takkanlah tak bertegur tak gitu?

Inilah ulang tahun perkahwinan yang terindah – Nabil Ahmad

Terdahulu  Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad, 39, membuat kejutan untuk isterinya, Nazirah Ayub, sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11 ketika siaran langsung program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), malam tadi.

patan itu diambil Nabil sejurus Pat Candy selesai membuat persembahan sebagai tanda ingatan untuk meraikan hari bermakna bersama isteri tercinta.

Kata Nabil, itu adalah satu-satunya peluang yang ada memandangkan dia terikat dengan komitmen kerja dan jadual yang padat.

“Saya tidak sempat nak buat majlis di tempat lain. Inilah ulang tahun saya yang terindah. Terima kasih sayang sebab sudi bersabar, bertahan dan menjadi ibu kepada tiga anak kita.

“Bukan mudah… Jadi, saya nak minta semua supaya dapat doakan kebahagiaan kami. Doakan agar saya jadi suami yang istiqamah.

“Kaburkan mata saya daripada memandang ke arah wanita lain. Jadikanlah isteri wanita terindah untuk saya.

“Saya sayang awak sehingga tiba masa Allah SWT pisahkan kita,” katanya.

Ucapan itu disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton yang hadir memenuhi ruang Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alah (MBSA).

Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada 30 September 2011. Pasangan ini dikurniakan tiga zuriat perempuan, Naira Mikayla, 9, Layla Medyna, 6, dan Mishall Imani, 3 tahun.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://limauasamboi.pw/