Ny4ris Berdepan Benc4na Banjir Di Langkawi, Neelofa Ada ‘Instinct’ Tak Sedap H4ti; “Saya Perasaan Air Laut Yang …” – Lubuk Viral

Hujung minggu lalu, penduduk dan pengunjung Pulau Langkawi, Kedah gempar apabila lokasi peranginan dan percutian popular tersebut dinaiki air sehingga menyebabkan mus1bah banjir.

Selain 31 kawasan yang terjejas, mus1bah itu turut menyebabkan 43 pendaki dan jurupandu terperangkap di kawasan rekreasi air terjun Telaga Tujuh akib4t kejadian kepala air.

Kejadian bencana alam itu turut mengejutkan usahawan dan selebriti popular, Neelofa yang baru sahaja pulang daripada bercuti di pulau yang terkenal dengan legenda Mahsuri itu bersama suami dan anak.

Ketika berpeluang bertemu dengannya, Neelofa berkata, dia berasa sangat terkejut apabila membaca berita tentang kejadian tersebut.

Hal ini kerana, musibah banjir yang melanda Langkawi berlaku sebaik sahaja mereka selesai bercuti dan pulang ke Kuala Lumpur.

“Memang terkejut… Ceritanya, siang hari tu sebelum kami pulang, saya dan suami ada perasaan keadaan air laut yang agak berlainan seperti biasa.

“Apa yang peliknya, ombak di pesisiran pantai berhadapan dengan vila tempat kami menginap bukan main kuat.

“Air pula seperti sedang pasang, macam waktu Subuh tu.. walhal waktu tu dah tengahari. Kami macam tak sedap hati. Sekali tengok esoknya banjir,” katanya kepada Gempak.

Untuk rekod, percutian ke Langkawi berkenaan merupakan percutian pertama Neelofa dan suami selepas dia mended4hkan wajah anaknya, Muhammad Bilal kepada umum.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/