Cef Wan dan bekas menantu berdamai, rupanya ini punca mereka berdamai – Lubuk Viral

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Shikin Maembong bertindak menghantar surat saman kerana teguran terbuka dibuat oleh cef selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan.

Terbaru, Chef Wan dan bekas menantunya itu telah pun berdamai. Perkara itu dimaklumkan oleh Chef Wan menerusi satu perkongsian di Instagram.

Menurut Chef Wan, dia dan Shikin mengambil keputusan untuk melupakan apa yang berlaku sebelum ini serta memaafkan antara satu sama lain.

“Air yang dicincang tidak akan putus, kata orang tua-tua. Apa pun terjadi kami tetap satu keluarga. Saya juga sedar, tidak baik untuk putuskan silaturrahim tambahan pula ini hanyalah isu kecil,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Dalam pada itu, Chef Wan berkata sebagai orang dewasa mereka berdua juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan tidak kemana pun jika berdendam atau menyimpan rasa marah.

“Maafkan satu sama lain, belajar daripada kesilapan. Nak simpan marah, membenci dan berdendam pun tak kan ke mana. Duit saman menyaman ni akan kaya kan peguam-peguam sahaja serta membuang masa kita sahaja masing-masing pun.

“Baik lagi duit tu saya peruntukan untuk urusan membesar, kebajikan dan pelajaran Arriana di masa hadapan. Sebagai datuk, saya akan sentiasa lakukan yang terbaik buat cucu-cucu, menantu dan bekas menantu,” tulisnya.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber  : ROTIKAYA