Dr Amalina Selamat Melahirkan An4k! Nama Diberi Memang Jarang Kita Dengar “Kami ingin memperkenalkan puteri cantik kami…”- Lubuk Viral

DOKTOR kelahiran Malaysia yang kini berkhidmat di London, United Kingdom (UK), Dr Amalina Che Bakri memaklumkan dirinya kini telah bergelar ibu.

Berita gembira itu dikongsikan beliau menerusi laman Instagram, pada petang Selasa.

Menerusi laman tersebut, Dr Amalina berkata dia dan suaminya, Alexander Charles (Alex), sepakat untuk menamakan puteri sulung mereka dengan nama Arabella Mia.

“Kami ingin memperkenalkan puteri cantik kami, Arabella Mia, yang dilahirkan minggu lepas di Hospital St. Thomas.

“Kami mengkagumi dan menghargai setiap saat dengan si kecil kami. Kami teruja untuk melihat apa yang menanti pada masa akan datang, Alhamdulillah,” tulisnya.

Menerusi hantaran tersebut, Dr Amalina turut memuat naik tiga keping gambar bersama ba.yinya.

Rata rata netizen memuji kecomelan anak Dr Amalina dan namanya yang sedap disebut.

Untuk rekod, Dr Amalina melangsungkan pernikahan dengan jejaka Inggeris, Alexander Charles, pada 31 Mac tahun lalu, di London Central Mosque.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://bartasangbad.site/