Sarah Hildebrand Sah Jadi T3ntera Udara AS, Sekali Penampilan Terkininya Raih Perhatian Netizen- Lubuk Viral

PETALING JAYA – Pernah bergelar pelakon, Sarah Hildebrand kini secara rasminya menjadi sebahagian daripada anggota T3ntera Udara Am3rika Sy4rikat (AS) selepas menamatkan latihan ket3nteraan baru-baru ini.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagramnya, Sarah, 32, turut berkongsi beberapa keping foto menampilkan dirinya dalam persalinan uniform t3ntera.

“It’s official (telah rasmi),” tulisnya pada sekeping gambar lengkap memakai uniform berwarna biru.

Perkongsian gambar swafoto tersebut sekali gus memberikan bayangan bahawa Sarah sudah pun rasmi menjadi sebahagian daripada pasukan t3ntera udara AS.

Dalam satu hantaran berbeza, pelakon drama Tunggu Dulu Cinta yang sekali gus menjadi drama terakhir lakonannya itu turut berkongsi sekeping foto di sebelah b3ndera AS dipercayai foto rasmi selepas rasmi bergelar anggota tentera.

Perkongsian pemilik nama lengkap Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand itu menarik perhatian pengikut dalam Instagram apabila masing-masing melayangkan ucapan tahniah atas pencapaiannya bergelar seorang anggota tentera udara.

“Bangga dengan pencapaian awak. Tahniah,” kata seorang netizen.

“Tahniah Sarah. Awak telah lakukan yang terbaik,” ucap seorang pengikutnya.

“Tahniah dan selamat maju jaya,” kata seorang pengguna Instagram.

Pada masa sama, peminatnya turut menitipkan doa dan pesan buat Sarah supaya menjaga diri dan tidak lupa tentang asal usulnya.

“Jangan jauh dari Islam,” pesan seorang peminatnya.

“Kerjaya seperti Sarah ini berat. Tidak semua orang boleh lakukan. Jaga diri baik-baik,” kata seorang lagi peminatnya.

“Semoga Sarah sentiasa baik dan sihat. Jaga diri elok-elok,” kata seorang netizen.

Sekitar April lalu, Sarah yang juga seorang pengacara membuat kejutan apabila mengumumkan persaraannya dari dunia seni hiburan tanah air.

Sarah berharap pengumuman tersebut dapat ditularkan supaya ramai pihak tahu bahawa dirinya sudah pun bersara daripada karier lakonan.

Selepas bersara, Sarah kemudiannya nekad meninggalkan Malaysia dan berhijrah ke AS dan enggan lagi kembali ke negara ini.

KOMEN NETIZEN :

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://bartasangbad.site/