Penantian 5 tahun berakhir, Siti Nordiana k0ngsi berita gembira “Saya terus beritahu boleh dan…”- Lubuk Viral

PENYANYI Siti Nordiana meluahkan rasa syukur apabila impian bekerjasama dengan komposer dan penulis lirik tersohor, Datuk M. Nasir akhirnya menjadi kenyataan.

Siti Nordiana, 38, berkata, sejak lima tahun lalu dia cuba mendapatkan lagu daripada M. Nasir namun baharu sekarang dapat merakamkan lagu ciptaannya berjudul Menyantun Kasih.

“Sewaktu mula-mula minta lagu daripada Datuk, dia ada bertanya adakah saya boleh menyanyikan lagu ciptaannya kerana saya dikenali dengan lagu-lagu ‘leman’.

“Saya terus beritahu boleh dan akan mengubah suara untuk menyanyikan lagu ciptaannya itu,” katanya kepada mStar.

nana11

Nana bersama penulis lirik, Keon.

Siti Nordiana atau Nana ditemui pada sidang media pelancaran lagu dan video muzik Menyantun Kasih yang diadakan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Dalam pada itu, Siti Nordiana memberitahu dia mengambil masa sekitar empat bulan untuk memberi fokus kepada proses rakaman lagu berkenaan kerana ingin memberikan yang terbaik.

Ini termasuklah mengurangkan persembahan pentas demi memastikan vokalnya berada dalam keadaan baik untuk merakamkan Menyantun Kasih.

“Bila dapat sahaja lagu ini, saya memang kurangkan persembahan nyanyian semata-mata untuk fokus kepada lagu ini.

“Maklum sahaja, bukan senang nak dapat khidmat M. Nasir, jadi saya banyak buat kajian sebelum mulakan rakaman,” ujarnya.

nana22

Nana teruja dapat bekerjasama dengan M.Nasir.

Sementara itu, Siti Nordiana berkongsi dia melalui empat kali proses rakaman sejak April hingga Julai lalu sebelum berjaya berpuas hati dengan hasilnya.

“Empat kali saya masuk studio pada hari yang berbeza untuk merakamkan lagu ini. Setiap sesi antara lima hingga enam jam.

“Datuk sangat teliti… kali pertama buat rakaman dia rasa ada yang tak kena, kami masuk semula studio. Sampailah kali keempat baru dia berpuas hati,” tambahnya.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://bartasangbad.site/