Netizen lelaki juga nangis tengok kejutan luar biasa Hafiz Mahamad – Lubuk Viral

Usahawan popular, Hafiz Mahamad sering menjadi perhatian dan contoh ramai apabila berkaitan tentang hal kejutan buat insan tersayang. Dia dilihat tidak pernah gagal memberikan kejutan istimewa di majlis atau hari bahagia tidak hanya buat isteri, Syafiqah Aina malah buat mama dan abahnya.

Sempena hari pencen buat kedua orang tuanya itu, Hafiz Mahamad kembali dengan perancangan begitu istimewa buat mereka apabila dia mengambil masa tiga bulan untuk memberikan kejutan luar biasa.

Hafiz
Hafiz Mahamad bersama mama dan abahnya.

Menerusi rakaman berdurasi lebih tiga minit ini sudah cukup mengundang rasa sebak warganet selepas melihatkan kesungguhan Hafiz Mahamad dalam membahagiakan orang tuanya itu di hari Pencen mereka.

Hafiz Mahamad dilihat menghadiahkan sebuah kereta dan turut mengumpulkan beberapa individu untuk menjayakan kejutan ini sehingga netizen lelaki juga turut menitiskan air mata melihatnya.

“Hadiah pencen untuk Mama & Abah sebak sangat bila sampaikan ni, 3 bulan saya prepare ni Hafiz harap Abah dan Mama happy,” ucapan Hafiz Mahamad pula diruangan kapsyen. Menjengah ke ruangan komen, Hafiz Mahamad menerima pujian melambung warganet selain dia juga dijadikan sebagai inspirasi dan kejutannya itu sekali lagi membuatkan ramai menangis kerana begitu terharu dengan apa yang dilakukannya buat insan tersayang.

“Untung Hafiz…”

Hafiz

“Sape potong bawang ni…”

IMG_20221014_143300

“Berderai air mata lelaki…”

Hafiz

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber:HCL