“Macam Berumur 16 Tahun” Penampilan Terkini Alyah Raih Perhatian Nora Ariffin Sampai Samakan Dengan Victoria Beckham- Lubuk Viral

Komen Datuk Nora Ariffin pada hantaran penyanyi Datin Alyah mencvri perhatian wargamaya.

Alyah menerusi perkongsian gambar ‘ootd’ di Instagram miliknya baru-baru inimenerima pujian peminat.

IG Alyah/Nora

Segak melihat pelantun lagu Kisah Hati itu manis mengenakan pakaian jenis blazer bewarna kelabu yang dipandakan bersama sehelai turtleneck hitam di dalamnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memuji Alyah yang dilihat semakin kurus dan cantik.

Malah, Nora turut menyamakan dirinya persis isteri pemain bola terkenal dunia, David Beckham iaitu Victoria Beckham.

Sekadar info, Alyah mendirikan rumah tangga bersama Ramli MS pada 18 Mac 2013 pada sebuah acara yang berlangsung secara rahsia di Indonesia.

Menangis dalam TikTok, Alyah merisaukan peminat

PETALING JAYA – “Alhamdulillah saya okey sahaja. Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan”.

Demikian penjelasan penyanyi Datin Alyah berhubung sebuah video menunjukkan dirinya sedang menangis teresak-esak seperti yang dikongsikan dalam Instagram dan TikTok miliknya.

Perkongsian adegan air mata itu sekali gus memancing em0si peminat apabila rata-rata turut berasa terharu, malah meluahkan kebimbangan melihat keadaan penyanyi itu.

Alyah atau nama lengkapnya Noor Hasliah Abu Hasan ketika dihubungi Kosmo! berkata, dia tiada niat untuk meresahkan khalayak, sebaliknya sekadar mahu meminta peminatnya melakukan cabaran yang dipanggil ‘Cinta Sahabiyah Challenge’.

“Saya ada anjurkan satu cabaran dipanggil ‘Cinta Sahabiyah Challenge’ bersempena dengan single terbaharu saya berjudul Cinta Sahabiyah.

“Dalam cabaran tersebut, peminat perlu merakam video sedang menangis dengan berlatar belakangkan lagu Cinta Sahabiyah. Menangis betul-betul tau, bukan t1pu,” katanya kepada Kosmo! Online.

Kata Alyah, individu dengan video terbaik akan menerima ganjaran wang tunai berjumlah RM300.

Dalam video yang dikongsika, Alyah mengakui benar-benar menangis sehingga menitiskan air mata kerana tersentuh dengan lirik lagu Cinta Sahabiyah.

Biarpun sekadar video menyahut cabaran, aksi isteri kepada maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS itu tetap meruntun hati peminat.

“Tiba-tiba rasa nak menangis,” kata seorang peminatnya.

“Semoga Alyah kuat. Kami peminat sentiasa mendoakan awak,” kata seorang lagi peminat.

“Kenapa Datin? Semoga Datin kuat ya,” komen seorang pengguna TikTok.

Bercakap tentang lagu Cinta Sahabiyah, penyanyi berusia 42 tahun itu memberitahu lirik lagu tulisan sendiri tersebut mempunyai maksud yang sungguh mendalam.

“Lirik Cinta Sahabiyah ditulis sendiri. Lagu ini ditujukan kepada para isteri termasuk diri sendiri untuk belajar menjadi lebih sempurna.

“Saya bukanlah isteri yang sempurna, tapi belajar untuk jadi yang lebih baik,” katanya.

Mengisahkan pengorbanan wanita-wanita hebat pada zaman Rasulullah, Cinta Sahabiyah yang dilancarkan pada 9 September lalu merupakan ciptaan bersama komposer Omar K.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://bartasangbad.site/