Punca Sebenar Kenapa Rusdi Ramli Lama Tak Muncul Terjawab, “Sekarang ini banyak janji mulut sahaja”- Lubuk Viral

LAMA kita tidak nampak pelakon Rusdi Ramli muncul dalam mana-mana drama atau filem sejak kebelakangan ini.

Rupa-rupanya Rusdi mendedahkan dia tidak menerima sebarang tawaran lakonan dan kali terakhir menjalani penggambaran drama adalah tiga bulan lalu.

Tidak berkecil hati apabila tiada tawaran kerja, namun aktor ini mengakui bimbang kerana dia tidak mempunyai pendapatan lain selain lakonan.

Rusdi bimbang tiada kerja.

“Tak kecil hati tapi cuak tiada kerja. Saya tiada back up, itu masalahnya. Memang betul-betul ini sahaja (pendapatan),” katanya kepada mStar.

Rusdi berkata demikian ketika ditemui di sidang media pra pelancaran filem animasi Tun Teja yang diadakan di Royle Chulan, Damansara pada Rabu.

Ditanya adakah dia lebih selesa mengarah daripada berlakon, Rusdi berkata kedua-duanya menyeronokkan dan mempunyai cabaran tersendiri.

“Ini dua benda yang berbeza. Jadi pengarah pun seronok… berlakon pun seronok. Dua-dua ada cabaran!

“Tapi inilah putaran dia, semua orang akan melalui benda yang sama saya rasa,” katanya lagi.

Berkongsi perkembangan terkini, Rusdi berkata dia ada menerima tawaran lakonan namun ia hanyalah janji mulut semata-mata.

Dia bagaimanapun bersyukur kerana masih lagi diberi kepercayaan untuk berlakon dalam drama akan datang.

Kadang-kadang mereka takut kalau dah mengarah tidak mahu berlakon.

“Akan datang ada… tapi sekarang ini yang banyak janji mulut… yang tangguh pun banyak juga.

“Masih ada lagi orang panggil saya berlakon… kadang-kadang mereka takut kalau dah mengarah tidak mahu berlakon, kebanyakkan macam itu la.

“Tapi bagusnya mereka akan tanya… masih belakon lagi ke? Saya beritahu masih (berlakon).

Rusdi akui masih lagi terima tawaran lakonan.

“Mungkin sebab persepsi… tapi alhamdulillah kebanyakannya masih bertanya termasuk penerbit juga bertanya kepada saya,” jelasnya.

Dalam pada itu, dia juga menyangkal dakwaan yang menyatakan bahawa dia memilih karya tertentu menyebabkan wajahnya jarang muncul di televisyen.

“Nak eksklusif macam mana di Malaysia ini, lainlah kalau kita banyak buat job international! Kalau setakat drama Melayu ini tak payah nak eksklusif sangatlah,” tambahnya.

Selepas Kahwin Kali Kedua! Begini Kehidvpan Rusdi Ramli

Rusdi Ramli merupakan pelakon dan pengarah Malaysia yang memenangi Anugerah Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-20 di universiti Sains Malaysia.

Anak lelaki kepada Norlia Ghani ini dilahirkan di Ulu Kelang dan pernah membintangi banyak membintangi drama filem dan televisyen.

Pada 16 November 2008, Rusdi Ramli berkahwin dengan seorang komposer terkenal Sharon Paul Abdullah setelah 15 tahun mendud4. Rusdi juga mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan pertamanya.

Walaupun sudah mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan pertama, dia juga mempunyai dua anak lelaki hasil dari perkahwinan keduanya iaitu Rio dan Ryan.

Sharon Anne Paul atau lebih dikenali sebagai Sharon Paul adalah merupakan seorang komposer yang sangat dikenali di Malaysia. Beliau banyak menghasilkan lagu untuk penyanyi terhebat di tanah air seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Misha Omar, Ramlah Ram, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan ramai lagi.

Dia juga yang seorang mualaf dimana beliau telah memeluk agama Islam selama dua tahun sebelum beliau berkahwin dengan pelakon tersebut. Percintaan mereka bermula apabila mereka bertemu di pratonton filem 1957: Hati Malaya dimana Rusdi Ramli adalah merupakan salah seorang pelakon utama daripada filem tersebut.

Dah ada menantu dan cucu

Dalam diam rupanya pelakon ini sudah mempunyai menantu dan cucu apabila anak sulungnya Efiezal Ridza, 27, (hasil perkahwinan pertama) telah berkahwin.

kredit: mstar

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://limauasamboi.pw/