“Tiada Ada Apa Yang Perlu Kami Sembunyikan..” Nad Zainal Respon 1su Pergi Bali Dengan Ungku Ismail – Lubuk Viral

Pelakon Nad Zainal menepis dakwa4n bercuti bersama pelakon dan pengarah, Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz di Bali seperti yang h4ngat diperkatakan netizen, baru-baru ini.

Tidak berniat menyembunyikan situasi sebenar, Nad menjelaskan, pemergiannya ke destinasi peranginan itu atas urusan kerja dan ditemani pembantu peribadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ungku Ismail Aziz (@ungkuismailaziz)

“Saya hendak tegaskan kami pergi untuk bekerja. Saya tidak pergi berseorangan. Sebaliknya, ditemani pembantu peribadi.

“Tidak ada apa yang perlu kami sembunyikan. Kami pergi ke luar negara pun rasanya ramai yang sudah tahu.

“Ini kerana kami kongsi perkara itu dalam media s0sial. Lagipun, kami bukannya bercinta sampai tahap hendak ‘cover line’ (berselindung).

“Kita memang seng4ja bersikap terbuka kerana kami mahu orang tengok,” katanya.

Mengulas keselesaan berkawan rapat dengan Ungku Ismail yang juga pelakon drama rantaian, Teman Lelaki Upahan itu, Nad atau nama sebenar, Farah Nadia Zainal Abidin mengaku serasi secara semula jadi kerana mereka berkongsi pemikiran dan visi sama.

Malah, akui Nad, mereka merancang pelbagai projek yang akan diusahakan bersama pada masa akan datang.

“Sepatutnya, sebelum ini, kami ada projek bersama tetapi tidak menjadi. Kami mula rapat selepas berlakon dalam telefilem Cina Buta.

“Selepas itu, dia tawarkan saya bekerjasama dalam projek travelog yang akan ditayangkan di YouTube.

“Projek travelog itulah yang membuatkan kami mengunjungi Bali. Mungkin selepas ini, kami akan pergi ke Phuket dan Seoul, Korea Selatan untuk tujan sama.

“Selain itu, kami merancang membuka syarikat produksi dan terbitkan drama bersama.

“Kami cepat serasi kerana kami berkongsi misi dan visi sama. Pemikiran kami serupa, jadi kami tidak ada banyak masalah untuk bekerjasama,” katanya ditemui pada majlis pelancaran filem Denu di sebuah hotel di sini, semalam.

Filem berkisar kehidupan Primadona Mak Yong itu diarahkan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.

Selain Nad yang memegang watak Asmah, filem menelan kos RM1.8 juta dibintangi pelakon handalan seperti Sabri Yunus, Hairi Safwan, Che Kem, Azman Hassan dan ramai lagi.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber:BH