Tak Sangka Betul! Ini Jalan Cerita Kes Cer4i Shila Amzah Dan Suami Yang Mengejvtkan Orang Ramai – Lubuk Viral

Di Instagram, penyanyi Shila Amzah telah mengejvtkan orang ramai dengan perkongsian berita percer4iannya.

Selain update mengenai keadaan semasa keluarganya ketika banjir, Shila mengatakan dia sudah tidak tinggal bersama suaminya, Haris Idraki.

Bagi yang tertanya-tanya apakah punca dan sebabnya, berikut adalah kronologi kes perc3raian pasangan ini;

Sudah dua bulan keluar dari rumah di Cyberjaya

Luah Shila di Instagram, orang ramai tidak mengetahui akan perjuangan dan pergelvtan yang dihadapinya dalam rumah tangga mereka. Malah dia juga akui telah keluar dari rumahnya di Cyberjaya sejak dua bulan yang lalu.

Foto – Lepat Pisang / NONA

“Sha sentiasa menunjukkan wajah gembira. Orang tak tahu perjuangan Sha. Dengan susah payahnya Sha sedang bergelvt sekarang. Dah dua bulan Sha keluar dari rumah dengan Seth dengan tumpang di rumah mak abah di Langat.”

Kes percer4ian masih dalam proses

Tambah Shila, dia telah memfailkan kes percerai4nnya dengan Haris. Tetapi suaminya tidak mahu menyelesaikannya dengan segera dan ambil keputusan untuk memanjangkan proses percer4ian mereka.

“Sha dah file cer4i…tapi malangnya ia masih dalam proses sebab dia putuskan untuk panjangkan benda ni. Cuma bila dah jadi macam ni, Sha dah tak boleh bersabar lagi sebab Sha pun berusaha sedaya upaya untuk bertahan dan jaga hati dan nama baik semua orang.”

Tiada tempat tinggal

Pada masa yang sama penyanyi ini juga mended4hkan dia tidak mempunyai tempat tinggal lagi selepas keluar dari rumahnya sejak dua bulan lalu. Jika sebelum banjir melanda, dia terpaksa menumpang rumah kedua ibu bapanya. Kini dia terpaksa menumpang di rumah ibu saudaranya pula.

Foto – Alam Viral

“Rasa sedih sangat sebelum ni tumpang berteduh di rumah mak abah. Tapi sekarang kita semua hilang tempat berteduh. Sekarang kita semua tumpang rumah makcik Sha.”

Suami tak mahu keluar dari rumah Shila

Shila kemudiannya mended4hkan dia tidak boleh pulang ke rumahnya di Cyberjaya kerana tidak selesa dengan kehadiran suaminya. Malah dia berharap dia dapat pulang dan suaminya keluar daripada rumahnya dengan segera.

“Sha ada rumah kat Cyber pun tak selesa nak balik sebab si dia masih berada di rumah Sha. Seth tak selesa, Sha pun tak selesa. Kesian satu family Sha duduk dalam satu bilik buat sementara waktu. Sha berharap dapat balik ke rumah di Cyber. Boleh bantu ibu bapa Sha.”

Foto – @shahilaamzah (IG)

Team Wanista berharap agar kes perceraian Shila dan suaminya menjumpai jalan penyelesaian yang terbaik untuk kedua-dua pihak. InshaAllah.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/