“Ada rakaman video sebagai bukti!” Siti Nurhaliza Beng4ng Dengan Sebuah P0rtal Terkenal, Ini Puncanya- Lubuk Viral

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza menyangkal dakwaan pernah menyebut dirinya lebih gembira sekiranya anak perempuannya Siti Aafiyah menjadi ahli politik seperti dilaporkan oleh sebuah portal baru-baru ini.

Siti atau Siti Nurhaliza Taruddin, 43, berkata, kenyataan itu bercanggah dengan jawapan sebenar yang diberikan ketika ditanya oleh media apabila ditanya mengenai Aafiyah.

“Cuba tonton (video live) saya pada 6 Oktober baru-baru ini, ada saya post di sini, dengar apa yang saya jawab apabila media bertanyakan tentang Aafiyah.

“Tajuk berita ini jauh berbeza dengan jawapan saya. Saya tidak pernah menyebut saya lebih gembira jika Aafiyah menjadi ahli politik seperti yang ditulis,” katanya.

siti1

Kesalahan fakta itu beri impak neg4tif buat dirinya.

Siti berkata demikian menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Sabtu sebagai mengulas artikel dikeluarkan sebuah portal dengan tajuk, ‘Siti Nurhaliza Lebih Gembira Aafiyah Jadi Ahli Politik’.

Dalam pada itu, Siti turut menegaskan tentang etika penulisan supaya tidak menukar fakta kerana pada akhirnya ia akan memberi impak negatif kepada dirinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Katanya, netizen akan menulis di ruangan komen berdasarkan tajuk dan kesannya pelbagai perkara akan diperkatakan.

“Apa yang saya tekankan adalah mengenai etika menulis, jangan mengubah fakta dan saya pula yang terkena impak neg4tifnya.

“Saya berharap agar pihak portal itu bertanggungjawab di atas artikel dan tajuk yang ditulis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

siti2

Siti tidak mahu kenyataannya disalah erti.

“Saya tidak pernah ada masalah dengan pihak media tetapi saya hanya mahu agar apa yang ditulis perlu dengan fakta yang betul, apatah lagi ada video yang boleh dirujuk,” jelasnya.

Terdahulu, Aafiyah menarik perhatian netizen apabila menunjukkan bakat nyanyiannya ketika sedang bermain buaian ditemani Siti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Video yang dikongsi itu memperlihatkan Siti menyanyi lagu Burung Kakak Tua yang disambung oleh Aafiyah dan ramai kagum dengan bakat nyanyiannya seperti ibunya.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://bartasangbad.site/