“Reda djemput Ilahi ketika Umrah” Permintaan Wan Maimunah Ketika Di Mekah Buat Ramai Seb4k – Lubuk Viral

Setiap orang pasti mempunyai keinginan dan hajat untuk menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah. Sama juga seperti seorang pelakon veteran tanah air kita iaitu Wan Maimunah.

Walaupun berpeluang menunaikan ibadah umrah buar kali kedua pada Disember ini, Wan Maimunah berasa semakin seb4k apabila perjalanannya ke Tanah Suci telah di taja oleh satu pihak.

Tajaan tersebut adalah dari seorang hamba Allah yang enggan mended4hkan dirinya itu dan membuatkan Wan Maimunah cukup gembira dengan tajaan dan makluman tersebut.

“Individu itu memaklumkan bahawa ada hamba Allah yang ingin menaja saya menunaikan umrah dan dia bertanya sama ada saya mahu atau tidak. Siapa yang tak mahukan? Saya terus menangis apabila mendapat perkhabaran tersebut dan tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci nanti,” katanya kepada mStar.

Wan Maimunah berkata demikian ketika ditemui di lokasi penggambaran telefilem berjudul D0sa Tak Terampun di Kuang, Selangor pada Khamis. Dia juga berasa tidak sabar untuk mengerjakan ibadah umrah pada Disember ini.

Wan Maimunah di set Telefilem Dosa Tak Terampun.

Memetik artikel dari MStar, Wan Maimunah juga mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua pihak sebelum dirinya berangkat ke Mekah kerana memikirkan tidak pasti usianya masih panjang atau tidak.

Dia juga mengatakan reda sekiranya ajal hidupnya berakhir di Tanah Suci kerana itu adalah kehendak terbaik dariNya.

“Andai kata Allah ambil semula hak-Nya dan saya tak kembali lagi ke sini, saya reda. Ini semua adalah kehendak-Nya.

“Saya mohon maaf kepada semua sebelum berangkat ke Tanah Suci. Halalkan segala makan minum saya. Saya juga maafkan apa sahaja salah silap orang terhadap diri saya,” ujarnya.

Berhasrat untuk memakai pakaian berwarna putih

Sementara itu, bercakap mengenai persediaan ke Makkah, Wan Maimunah berkata, dia menyimpan hasrat memakai pakaian berwarna putih sepanjang di sana kelak.

“Kali ini saya nak buat persalinan semuanya berwarna putih. Sebelum ini ada juga saya pakai baju warna lain ketika mengerjakan ibadah di sana.

“Kenapa tidak boleh beli baju baru untuk ke umrah sedangkan kalau sambut hari raya atau pergi kendvri kita boleh sahaja beli baju baru… inikan pula nak pergi beribadah,” jelasnya.

Ramai jua netizen turut mendoakan segalanya dipermudahkan dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk Wan Maimunah mengerjakan ibadah umrah pada Disember akan datang.

KOMEN NETIZEN:

 

 

Dalam perkembangan lain, bercakap tentang lakonan dalam drama Dosa Tak Terampun, Wan Maimunah memberitahu dia sanggup menanggung kesakitan demi mendalami wataknya.

Sementara itu bercakap tentang lakonannya dalam drama tersebut, Wan sanggup bersusah payah menanggung sakit demi mendalami watak.

wm

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://www.tehtarikkaw.com/