Bangga Jadi Remaja Terkaya Di Malaysia, Perkongsian Gadis Ini Jadi Bualan Ramai – Lubuk Viral

Usahawan produk minuman kesihatan dari Kelantan ini menjadi bualan ramai selepas dia mendakwa merupakan remaja paling kaya di Malaysia. Perkongsiannya ini juga turut menerima kritikan dan kecaman dari netizen gara-gara kenyataan terlebih ‘confident’ yang dikeluarkan oleh remaja berusia 19 tahun itu.

Menerusi video yang dimuat naik ini, usahawan dikenali sebagai Ayunie itu sedang menyambut kedatangan sebuah lori yang membawa stok produk miliknya. Dengan reaksi wajah yang teruja, remaja itu kemudian membuka pintu belakang lori dan menunjukkan stok produk tersebut yang disusun berkotak-kotak di dalam lori.

 

Apa yang mencuri tumpuan ramai ialah dia mendakwa dirinya merupakan remaja paling kaya di Malaysia menerusi kapsyen pada video tersebut. Ia sekaligus membuatkan ramai berasa hairan bagaimana remaja itu begitu yakin mendakwa dia adalah remaja terkaya dalam negara tanpa melakukan kajian terlebih dahulu.

@ayunieso24

restockkk #vitamilk juta2 dah sampai ?

♬ DJ Sipak Nando Nando Meyden x DedeOmat – dedeomat

Selain itu, netizen turut meluahkan rasa kurang senang apabila dia membandingkan kejayaannya itu dengan remaja seusianya yang masih lagi bertungkus lumus habiskan pengajian di kolej. Menurut netizen, usahawan itu tidak sepatutnya membandingkan kejayaan yang dicapainya dengan remaja seusianya yang juga dalam usaha mengejar impian mereka.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama memberikan sindiran terhadap remaja itu gara-gara kenyataan berani yang dikeluarkannya. Malah ada yang berseloroh lebih ramai lagi remaja yang kaya di Malaysia ini namun tidak mendedahkannya kepada umum seperti yang dilakukan usahawan ini.

“Haha takpelah nak kejar degree dulu nanti saya menyusul jadi remaja paling kaya di Malaysia.”

usahawan

“Cik B ketawa kot baca caption dia.”

remaja

“Hina ke kalau umur 19 tapi duk belajar lagi?”

komen

“Macam mana nak beli confident macam dia ni eh.”

tik tok

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://himpunanceritalawak.com/