“Oh My G0d Pervt Saya, 0h My G0d Pervt Saya,” – Suami Ded4hkan Sharifah Sakinah Sedang H4mil? – Lubuk Viral

Gara-gara mengenakan gaun ketat dengan potongan moden yang menampakkan kawasan perutnya agak berisi, pelakon Sharifah Sakinah did4kwa sedang berbadan dua oleh suaminya sendiri, Michael Hansen.

Menerusi laman sosial Instagram, Hansen mengusik isterinya itu ketika sedang memperbaiki tali gaun Sakinah di depan cermin.

“Oh my G0d perut saya, oh my G0d perut saya,” kata Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 33, setelah melihat keadaan perutnya yang sedikit berisi ketika memakai gaun tersebut.

Dengan tanpa ragu-ragu, Hansen terus menjawab;

“Ya itulah yang berlaku jika awak mengandung,” kata suaminya.

Mendengar kata-kata suaminya itu, Sakinah terus memberikan lirikan mata kepada Hansen seakan-akan terkejut.

“Dia masih belum tahu lagi,” kemudian ujar Hansen sambil berbisik.

Difahamkan pasangan itu kini berada di Dubai untuk tujuan bercuti.

Namun Sakinah dan suami masih berdiam diri dan belum membuat sebarang pengumuman mengenai berita gembira itu.

Pada Februari lalu, Sakinah mengumumkan dia sudah berkahwin dengan Michael atau nama Islamnya Mikael Hansen dan terpaksa merahsiakan atas faktor peribadi.

Sakinah bagaimanapun tidak menyatakan tarikh sebenar perkahwinannya dengan jejaka berasal dari Sweden itu.

Pasangan tersebut berkenalan pada September 2020 di sebuah pusat kecergasan.

Terdahulu, Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015 dan bercer4i pada Mei 2020.

Hasil perkahwinan itu, mereka mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang kini berusia 5 tahun.

Sementara Hansen pula berstatus bapa tunggal kepada dua cahaya mata yang berusia 10 dan 7 tahun.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber :Gempak