Sebulan Hil4ng, PU Azman Muncul Balik Tapi Nampak Lesv Dan Cengkvng! – Lubuk Viral

Hampir sebulan menghilang, Pencetus Ummah (PU) Azman akhirnya muncul dengan memuat naik sekeping foto di Instagram yang memaparkan dia menghadiri sebuah acara kenduri pada Selasa.

Menerusi foto berkenaan, PU Azman atau Azman Syah Alias, 41, dilihat sedang berdiri bergambar dipercayai bersama beberapa ahli keluarganya.

Namun apa yang menjadi perhatian pengikutnya, susuk tubuh pendakwah bebas itu yang memakai kemeja-T berwarna biru gelap dan berkopiah hitam kelihatan agak cengkvng daripada kebiasaan.

Foto: IG

“Alhamdulillah, jarang dapat kumpul, semua lengkap,” tulisnya pada kapsyen gambar tersebut.

Sementara itu, menerusi ruang komen hantaran berkenaan, pengikutnya menyambut baik kemunculan semula pendakwah itu selepas kali terakhir memuat naik posting di Instagram pada 3 September lalu.

Malah ramai peminat meluahkan rasa rindu dengan gurau senda dan tazkirah serta perkongsian ilmunya di radio.

“Lama tak nampak… lesu nampak muka Cik Man.

“Alhamdulillah, lama Cik Man tak update. Rindu gurau senda Cik Man dekat Suria FM.

“Cik Man okay? Semoga baik-baik sahaja untuk Cik Man. Lama menyepi,” antara komen netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PU Azman (@puazmanofficial)

Sebelum ini juara program Pencetus Ummah musim kedua itu dikaitkan sebagai pendakwah bebas yang ditahan reman bagi membantu siasatan terhadap beberapa kes amang seksval.

Sejak kes itu menjadi perhatian ramai, netizen mula menyer4ng Instagram miliknya bagi mendapatkan kepastian adakah dia individu yang dimaksudkan.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://www.mediakita.dnq.news/