[VIDEO] Sayunya! Ada Sesuatu Berlaku Ketika Konsert Terakhir Zamani Sebelum Pembed4han- Lubuk Viral

Konsert Doa Buat Zamani berlangsung dengan berjaya bersulam rasa sayu para penonton yang hadir ke Zepp Kuala Lumpur pada malam Jumaat baru-baru ini bagi menyaksikan persembahan Zamani Ibrahim.

Konsert anjuran Indera Entertainment itu menyaksikan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan mencemar duli hadir untuk menyaksikan persembahan Zamani.

Dihadiri 2,000 Penonton

Secara keseluruhan, kira-kira 2,000 penonton hadir memenuhi ruang acara bagi menghayati persembahan terakhir penyanyi berbakat besar itu sebelum dia menjalani pembedahan tulang belakang yang dijadualkan pada awal November depan.

Malam itu sememangnya dipenuhi rasa sebak kerana siapa sahaja yang tidak tahu tentang keadaan kesihatan Zamani yang tidak sama seperti dulu. Meskipun begitu, semangat yang kuat jelas terpancar kerana bekas peserta Gegar Vaganza musim kelima itu mampu masih mampu melontarkan vokal dengan sebaik mungkin.

Persembahannya malam itu dibuka dengan lagu hit kegemaran ramai iaitu Kurnia diikuti Syair Si Pari-Pari, Entah Mengapa, Kala Hujan dan tentunya lagu ‘menyegat’ kumpulan Slam, Gerimis Mengundang.

Konsert tersebut turut menampilkan tiga penyanyi jemputan iaitu Datuk Ramli Sarip, Fauziah Latiff dan Rahim Maarof yang menambah warna sepanjang acara berlangsung.

Zamani & Fauziah Latiff

Doa Buat Zamani

Kalau sudah namanya begitu, maka tidak lengkaplah konsert ini jika tiada segmen khas untuk orang ramai menadah tangan mendoakan kebaikan buat Zamani. Penyanyi dan komposer Fitri Haris diundang ke atas pentas untuk mengetuai bacaan doa. Suasana Zepp KL diterpa perasaan hiba dan harapan melangit agar Allah SWT memakbulkan doa yang dipohon ribuan manusia pada malam itu.

Zamani memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan pada persembahannya malam itu. Dia juga tidak lupa megucapkan terima kasih kepada para peminat yang telah memberikan sumbangan dan tidak putus mendoakan tahap kesihatannya.

“Minta maaf jika nyanyian saya tak sampai atau tersalah atas faktor kesihatan saya. Harap semua faham, persembahan malam ini santai-santai saja dan harap semuanya terhibur.

“Saya sangat terharu dengan sumbangan yang diberikan peminat, kiriman doa daripada anda pun sudah cukup bermakna untuk saya.

“Doakan pembedahan saya nanti berjalan lancar, saya akan terus menyanyi untuk anda semua, Insya-Allah,” katanya.

Zamani

Kemunculan Aznil

Mungkin ramai yang tahu tentang usaha murni pengacara tersohor Datuk Aznil Nawawi yang sebelum ini berjaya mengumpul dana melebihi RM100,000 bagi membantu kos pembed4han Zamani dan kelangsungan hidupnya selepas itu.

Selebriti berjiwa luhur itu meneruskan usaha apabila tampil di pentas konsert berkenaan dan membuat lelongan beg jenama mewah miliknya yang bernilai RM14,000 untuk meneruskan usaha mengumpul wang bantuan kepada Zamani.

Tidak lama selepas Aznil membuka lelongan, beg itu dibeli oleh Fitri Haris pada harga RM15,000.

Kami  mendoakan agar pembedahan peny4kit Skoliosis yang dihadapi Zamani berjalan lancar dan selamat. Semoga Allah SWT mempercepatkan proses kesembuhannya agar dapat lekas kembali memeriahkan industri hiburan tanah air. Amin…

VIDEO :

VIDEO :

VIDEO :

Sumber/Kredit : murai.my

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://bartasangbad.site/