Zul Ariffin bay4r d3nda RM30,000 elak kena penj4ra 9 bulan, ini kata2 padu Erma Fatima- Lubuk Viral

SEPANG: “Saya mengaku saya salah sebab saya yang muat naik hantaran,” katanya.

Demikian kenyataan pelakon, Zul Ariffin atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin yang did3nda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertudvhan memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial pada 18 Mac lalu.

Zul membuat pengakuan selepas pertudvhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar.

Pertudvhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Zul berkata, dia mengaku kesalahan memuat naik kandungan kerana enggan memanjangkan kes dan membazir masa orang berkaitan.

“Mahkamah sudah jatuh hukum4n dan sekarang, saya kena selesaikan d3nda.

“Alhamdulillah semua berjalan lancar dan tak mahu berpanjangan. Saya hanya mengaku bersalah disebabkan memuat naik.

“Saya tak nak bazir masa, jadi saya mengaku bersalah. Kalau tak mengaku bersalah, perkara ini berterusan.

“Saya tak mahu hidup dengan rasa macam ini, jadi anggap kesalahan saya atas kelakuan saya.

“Saya bersalah dengan Allah, jadi saya ambil langkah berani untuk mengaku bersalah.

“Walaupun apa depan mata, saya hadap. Alhamdulillah, Allah tak panjangkan benda ini. Saya terima hukuman ini,” katanya kepada BH Online.

Zul did3nda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduh4n memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial pada 18 Mac lalu. – NSTP/ Mohd Fadli Hamzah

Pelakon Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-31 itu ditemui selepas menyelesaikan d3nda di kaunter pembayaran.

Zul turut memaklumkan tidak mengambil tindakan selanjutnya atas insid3n tersebut.

“Kita tak payah nak bercakap pasal kebenaran, orang pun tahu sebab semua orang tengok. Tak mengapa.

“Jadi, tiada tindakan lagi dari saya sebab lain yang terbabit semua malaikat, saya seorang sahaja tidak,” katanya.

Berikutan itu, Zul mengakui, dia lega dapat diselesaikan dengan baik, lebih lagi kali pertama bintang filem Sangkar itu berhadapan dengan kes mahkamah.

“Saya lega walaupun saya tak pernah masuk mahkamah, tetapi Alhamdulillah dengan pasukan dan peguam memberi nasihat dan sokongan.

“Alhamdulillah dan terima kasih kawan-kawan yang hadir memberikan sokongan.

“Saya terharu, tetapi saya ingat siapa yang tak sokong. Alhamdulillah,” katanya.

Bertanya pengajaran diterima, Zul menasihatkan agar rakan artis lebih berhati-hati apabila diminta memuat naik sesuatu hantaran bagi tujuan promosi.

“Kita semua melakukan kesilapan. Disebabkan itu, jadikan perkara ini sebagai pengajaran.

“Pengajaran kepada semua pelakon, kalau disuruh muat naik apa-apa tak payahlah akur sangat, betul tak?

“Berhati-hatilah, jadikan saya sebagai contoh. Muat naik gambar selfie sendiri tak mengapa, tak rvgi apa pun,” katanya.

Zul tiba di Mahkamah Sesyen Jenay4h, di sini, jam 8.15 pagi ditemani sahabatnya, Penerbit Eksekutif Infinitus Gold, Gayatri Su-lin Pillai.

Terdahulu, pada 18 Mac, Zul memuat naik babak gh4irah dalam drama Perempuan Itu dalam laman Instagram (IG) miliknya.

Video memperlihatkan Zul mendukung pelakon, Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.

Selepas teruk dikec4m, Zul akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di IG.

Zul kemudiannya did4kwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKM) 1998.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 merujuk kepada penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Sabit kesalahan, boleh did3nda maksimum RM50,000 atau penj4ra tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali serta boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Perempuan Itu tetap ditayangkan, tapi tiada babak kontrov3rsi Zul Ariffin

Penerbit drama Perempuan Itu, Erma Fatima berharap hukum4n yang dikenakan terhadap pelakon utama drama terbabit, Zul Ariffin dijadikan pengajaran buat semua.

Erma ketika dihubungi berkata, dia menganggap isu yang berlaku itu sebagai pesanan daripada Tuhan supaya lebih berhati-hati.

“Bagi saya ini adalah pengajaran kepada semua orang, bukan saja untuk Zul tapi untuk diri saya, pengarah dan artis-artis lain.

“Saya percaya apa yang berlaku ini ada hikmah di sebaliknya. Mungkin ini juga pesan daripada Allah kepada kita semua,” katanya.

Menurut Erma, walaupun drama terbabit berdepan kontrov3rsi, namun drama arahan Ain Sharif akan tetap ditayangkan dan sedang melalui proses penyuntingan.

“Drama ini memang akan ditayangkan dan kami sedang menunggu tarikh tayangan. Kami juga sedang dalam proses penyuntingan.

“Bagi saya drama ini memang tiada masalah sebenarnya. Kita tak boleh terlalu cepat menghakimi hanya kerana satu video yang tular sampai mahu menghukum drama itu. Tak adil bagi saya,” katanya.

Ditanya adakah adegan sumbang yang dimuat naik Zul di media sosial akan ditayangkan, Erma berkata, babak terbabit tidak akan dimasukkan.

“Memang tidak akan boleh keluar. Babak itu tak perlu kita hantar kepada Lembaga Penapisan Filem (LPF) atau stesen TV sebab kita sudah tahu jawapannya,” katanya.

kredit: hmetro

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://limauasamboi.pw/