“Saya ‘disor0k’ dalam inap desa di Laos” – Azi mula ceritakan apa sebenrnya yg berlaku selepas dia dicvlik- Lubuk Viral

Kota Bharu: “Setiap hari ketika dalam tahan4n saya berdoa agar segera dikembalikan kepada keluarga dan Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan,” kata Rosnazirah Mohd Naim.

Rosnazirah, 36, yang dicvlik sekumpulan lelaki pada 13 September lalu berjaya dibawa pulang ke negara ini pada Khamis lalu sebelum diserahkan kepada keluarga, petang semalam.

Ejen jualan kosmetik itu berkata, dia tidak mengingati secara jelas kronologi pencvikannya, namun tahu ditempatkan di sebuah rumah seakan inap desa di sebuah perkampungan di Laos selepas menempuh perjalanan panjang dari Sungai Golok di Pengkalan Kubor, Tumpat.

“Ketika tiba di tebing Sungai Golok pada hari kejadian (dicvlik) untuk menaiki bot, ada beberapa saksi di sekitar tapi mungkin mereka tidak tahu apa sebenarnya berlaku atau tidak ingin masuk campur kerana takut.

“Sebaik menyeberangi Sungai Golok, saya dibawa menaiki kereta dan terus menuju ke destinasi yang tidak diketahui, tapi menempuh perjalanan yang lama sehinggalah tiba di sebuah rumah di Laos.

“Sepanjang ditah4n, setiap hari saya men4ngis dan bertanya bila akan dikembalikan kerana saya difahamkan mereka tidak meminta wang tebusan, malah tidak tahu apa motifnya,” katanya.

Rosnazirah berkata demikian ketika menerima kunjungan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi untuk bertanya khabar wanita itu, hari ini.

Menurutnya, sepanjang perjalanan dari Thailand untuk memasuki Laos, mereka menempuh banyak sekatan jalan raya dan hatinya berdoa agar ditah4n di mana-mana lokasi tetapi tidak berlaku sehinggalah mereka tiba di destinasi.

Sepanjang ditahan, Rosnazirah berkata, dia menerima layanan baik daripada kumpulan individu yang mencvliknya termasuk menjaga makan minumnya, namun dalam masa yang sama berasa bimbang jika diapa-apakan.

“Dalam hati, saya ada juga ingin menjerit meminta tolong, tapi mengenangkan ia mungkin sia-sia kerana kawasan sekitar adalah sawah padi dan tiada yang faham, saya hanya mampu berdoa sahaja,” katanya.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, setiap kali ditanya bila akan dihantar pulang, lelaki itu memberi jaminan akan berbuat demikian sambil memintanya bersabar selain memberi tempoh antara tiga minggu hingga sebulan kerana keadaan masih ‘panas’ disebabkan berita mengenai penculik4nnya tersebar luas.

Sehinggalah pada satu hari, seorang daripada pencvlik itu memberitahunya ‘you back home’ dan Rosnazirah bertanya ‘when?’ sebelum dijawab ‘today’ oleh lelaki berkenaan.

“Kami menaiki kereta menuju ke Bangkok dan ditah4n oleh pihak imigresen (Thailand) sebelum anggotanya perasan wajah saya yang tersebar berhubung kes pencvlikan menyebabkan kami semua dit4han dan saya dibawa ke depot tahanan imigresen.

“Tidak lama kemudian saya dibawa ke Kedutaan Malaysia di Thailand dan selepas itu saya dapat berhubung dengan keluarga dan proses membawa pulang ke negara ini segera dibuat,” katanya.

Dalam masa yang sama, wanita itu mengakui masih berasa travma dan meminta diberi masa secukupnya untuk bertenang sebelum dapat memberi penjelasan penuh mengenai kejadian p4hit yang dialaminya itu.

Polis kenal pasti dua, tiga suspek kes cvlik Azi

Polis mengenal pasti dua hingga tiga lelaki warga tempatan, disyaki terbabit dengan kes pencvlikan ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim, oleh sekumpulan lelaki pada 13 September lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata suspek itu dipercayai masih berada di negara ini dan polis juga akan memohon ekstradisi secara undang-undang terhadap susp3ek yang terbabit.

“Polis masih menjalankan siasatan mengikut keterangan yang ada. Jadi, kita mohon supaya semua bersabar supaya polis boleh menyiasat kes ini,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Terdahulu, Acryl Sani menghadiri Majlis Sambutan Peringatan Hari Polis Marin Ke-75 di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, Batu Uban, di sini.

Turut hadir, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain dan Komander PPM Wilayah 1, Asisten Komisioner Shamsol Kassim.

Mengulas lanjut, Acryl Sani berkata, kerjasama erat antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Polis Thailand membatu menyelesaikan kes yang berlaku di negara asing sehingga berjaya menjejak dan membawa m4ngsa pulang.

Rosnazirah Mohd Naim ketika ditemui di rumahnya di Kota Bharu, hari ini. – NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Dalam kejadian petang 13 September lalu, Rosnazira, 36, turut dikenali sebagai Azi, dicvlik di hadapan rumahnya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Tumpat oleh sekumpulan lelaki sebelum dibawa ke Thailand menerusi Sungai Golok.

M4ngsa berjaya diselamatkan dan dibawa pulang ke negara ini pada 29 September lalu, hasil kerjasama PDRM dan polis Thailand.

Tujuh lelaki tempatan ditahan berhubung kes itu di tiga negeri iaitu Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur. Tiga daripadanya sudah dibebaskan, manakala empat lagi masih ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Cvlik 1961.

Mengenai kes pencvlikan kanak-kanak dan penjualan organ yang tular di media sosial, Acryl Sani berkata, kebanyakan kes berkenaan didapati tidak benar serta diada-adakan tanpa dapat dipastikan tujuannya.

“Kecuali kes yang berlaku di Genting Highlands itu, tetapi ia masih dalam perbicar4an, susp3k sudah ditvduh dan biarlah diselesaikan di mahkamah.

“Memang benar kita digalakkan menjaga keselamatan, tetapi kita juga seru kepada ibu bapa supaya tidak terbabit menyebarkan berita tidak benar yang boleh menggugat keamanan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, PDRM sudah melakukan persediaan rapi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

kredit: hmetro

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw