Lama Menghilangkan Diri, Sekali Neelofa B0ngkar Keadaan Terkini Adiknya, Ameera Khan- Lubuk Viral

Ameera Khan sepi dari media sosial sejak Julai lepas.

Namun menurut kakaknya Neelofa, Ameera dalam keadaan baik dan mereka selalu mengisi masa bersama.

Foto: IG

“Beberapa hari lalu saya ada melawat ibu bapa dan kemudian ada jumpa Ameera dan bertanya sama ada dia keluar atau tidak. Dia cakap dia keluar je, cuma saya yang tidak tahu sebab dia kini tidak mempunyai akaun Instagram.

“Malah kata Ameera, boleh dikatakan hari-hari dia ada keluar dengan kawan, lakukan aktiviti dan sebagainya.

Foto: IG

“Cuma untuk saya terangkan secara berlebihan mengenai apa sebab sebenar dia berbuat demikian rasanya tak wajarlah.

“Sebagai kakak, saya respek dengan keputusan dia,” katanya kepada Media Hiburan.

Neelofa kata Ameera dah terdedah kepada media sosial sejak kecil.

Foto: IG

“Jadi bagi saya mungkin fasa pembesaran dia lain dengan zaman kita. Mungkin situasi itu berbeza tapi saya pun tidaklah seratus peratus pasti itu sebab dia.

“Bagi saya, dia gembira dengan cara begitu setakat ini yang mana dia tidak rasa terganggu dengan apa yang pernah dilakukan sebelum ini. Mungkin dia suka dengan privasi sekarang. Rasa sayalah.”

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber/ Kredit :-CARI