Jihan Muse dedah wajah anak kedua, beri nama Ungku Altamis Barr – Lubuk Viral

Selepas tiga minggu melahirkan cahaya mata kedua, pelakon dan pengacara Jihan Muse mendedahkan wajah, jantina serta nama buah hatinya.

Jihan atau nama penuhnya Nuur Jihan Musa mengulang siar semula posting dimuat naik suaminya, Ungku Hariz di laman Instagram berhubung kehadiran bayi lelaki mereka.

“Assalamualaikum.. izinkan saya memperkenalkan hero kedua kami sebagai Ungku Altamis Barr Ungku Hariz Faizal,” kata pasangan itu.

Sebelum ini, pengacara berusia 39 tahun itu melahirkan Ungku Altamis Barr di sebuah pusat perubatan swasta pada 6 September lalu.

Untuk rekod, Jihan dan Ungku Hariz berkahwin pada 20 Mac 2016 dan dikurniakan cahaya mata sulung iaitu Ungki Arsalan Haq yang kini berusia empat tahun.

Malah oleh kerana menjalani proses berpantang, tempat Jihan digantikan dengan penyanyi dan pelakon Elly Mazlein sebagai hos program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse)

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut berkongsi rasa syukur selain mengucapkan tahniah kepada Jihan atas kelahiran zur!at berkenaan.

Alhamdulillah! Tahniah

KOMEN NETIZEN;

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber; IG / https://www.rimbabara.my/